Semalam ‘abang long’ Sharnaaz Ahmad menyembur habis-habisan kemunculan golongan mak nyah atau pondan dalam masyarakat. Malahan dia menyeru supaya pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya kepada golongan sebegini.
Seorang pengguna Twitter, @atmology memberi sebab dan alasan kenapa lelaki menyerupai wanita perlu ditentang habis-habisan dalam kalangan komuniti.
Dulu golongan pondan dicerca dan dihina
Lelaki ini memberi perbandingan penerimaan masyarakat terhadap golongan pondan pada zaman dahulu dan sekarang. Orang dulu lebih tertutup sehingga pondan susah menjalani hidup biasa contohnya bekerja menyara hidup.
Sekarang boleh jadi jutawan
Namun hari ini golongan berkenaan diterima baik dan mendapat liputan media bagaikan kelakuan mereka itu tiada salahnya langsung. Malahan sokongan diberikan menerusi perniagaan sehingga mereka boleh bergelar jutawan.
Yang tak terima kewujudan dituduh ekstremis agama
Dalam masa sama…
Ironinya, penguatkuasaan terhadap golongan ini tetap berlaku dengan penangkapan ‘lelaki berpakaian wanita’ dan dihadapkan ke muka pengadilan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti persundalan. Sedangkan, sesetengah golongan lagi diangkat dan diagung-agungkan.
Bantu jika mereka ingin dibantu
Tambah lelaki ini lagi, golongan kekeliruan jantina berkenaan perlu ditangani dengan bijak. Pihak berkuasa dan ahli masyarakat perlu membantu jika mereka rela dibantu. Perlu bertegas namun dalam kelembutan dan cara yang betul.
Orang Melayu tak suka yang riak, bongkak
Ujarnya lagi, orang Melayu tidaklah terlalu menolak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Ini kerana golongan mekap artis ‘mak andam’ sudah lama diterima baik tanpa prejudis. Cuma, orang kita tidak dapat menerima mereka yang sombong dan merasakan betul sentiasa.
Sumber: Atmology