Malang tidak berbau! Inilah ungkapan yang sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi oleh ibu ini apabila rantai leher anak perempuannya diragut oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Kejadian itu dikatakan berlaku semasa mereka sekeluarga sedang berjalan-jalan di Jom Heboh Batu Kawan baru-baru ini. Pengalaman pahit ini dikongsikan oleh Siti Haryani Azmi di laman Facebooknya sehingga viral dan mendapat perhatian oleh warganet. Menurutnya, kejadian hitam yang berlaku ini merupakan satu perkara yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Tak akan lupa sampai bila-bila
Kejadian ini berlaku pada 29 September iaitu pada hari Ahad. Hari kami sekeluarga nak beriadah, berseronok, happy-happy tapi sebaliknya berlaku. Rantai leher Anelia kena ragut dekat jom heboh. Baru saja kami sampai sana. Masa tu tengah jalan dekat bahagian orang jual barang 1 beg RM10. Ada jacker, zess dan sebagainya.
Sedar-sedar Anelia menangis. Tanya-tanya dia jawab ‘Orang tu ambil rantai kak ngah’. Baru perasan tengok leher rantai tak ada dah. Merah habis leher dia kesan kena tarik. Ya Allah, kesian anak aku.
Jenguk-jenguk cari memang tak tahu siapa yang ambil . Gelabah cikni dah macam apa dekat sana. Nak menjerit, nak melolong pun tak guna. Peragut mungkin ada sebelah saya saja tapi kita tak tahu siapa dia.
‘Orang tu perempuan tak pakai tudung’
Suami saya pegang tangan Anelia time tu. Orang memang ramai bersesak. Dengan bising speaker main lagu, dengan bising penjual bercakap pakai mic. Pandai sungguh peragut cari tempat dan masa.
Rantai tak kisah. Ada rezeki boleh beli lain. Tapi anak yang penting. Mujur tak luka apa. Cuma kesan merah-merah dengan kesan kuku saja kat belakang. Kalau jumpa pelaku, saya cakar-cakar dia balik. Kami tak pernah bawa mereka ke Jom Heboh sampai lah diorang dah besar sikit ni baru jejak kaki ke sina.
Ibu mintak maaf kat Anelia. Kesian dia trauma sampai balik ke rumah masih bagi tahu “Orang tu ambil rantai kak ngah, nanti kita bagi tahu dekat polis, orang tu perempuan tak pakai tudung, orang tu jalan dua orang, orang tu gemuk, orang tu rambut panjang.”
Semua details dia cerita. Wallahualam sama ada betul atau tak gambaran dia bagi tu. Tapi setiap kali tanya, cerita dia sama.
Moga jadi pengajaran buat semua
Moga jadi pengajaran buat cikni dan semua yang ada anak dara. Kalau pakai barang kemas, bukaklah bila ke tempat sesak dan ramai orang. Spesies jahat lani ada di mana-mana. Tergamak buat dekat insan sekecil tu.
Dan untuk pelaku tersebut, kami sekeluarga memang tak dapat buat apa. Tapi ingatlah Allah ada. Dan setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya.
Tolong doakan Anelia dapat lupakan kisah hitam ni ya. Hati-hati buat semua tak kira ke mana kita pergi. Orang jahat sedang memerhati dan menunggu masa terbaik saja untuk lancarkan kerja.
Sumber: Siti Haryani Azmi