Siapa yang tak marah bila makanan yang dibeli diterima dalam keadaan yang tidak memuaskan hati! Apa yang lebih menyedihkan, apabila pihak restoran tidak menyajikan makanan seperti mana yang telah ditempah dalam menu. Ada pengalaman macam ini juga?
Artikel Berkaitan: Dah Makan Separuh Baru Perasan Ada Kuku Berdaki Dalam Inti Karipap
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beli Nasi Kukus, Dapat Nasi ‘Berair’… Oh Bazar Ramadan!
Artikel Berkaitan: ‘Makanan Basi Janganlah Jual…’
Semua nampak sama?
Seperti luahan seorang pengguna di laman TikTok tampil meluahkan rasa kesal dengan makanan yang disediakan oleh sebuah restoran.
Menerusi video pendek yang dikongsi wanita ini, dia membuat tempahan tiga jenis nasi goreng yang berbeza namun, nasi goreng yang diterimanya dikatakan sama.
Aku order nasi goreng Cina tau, nampak tak Cina dia? Nampak macam nasi goreng. Ok tak apa bersangka baik.
Ini nasi goreng kampung, nampak tak kampungnya? sama je Cina dengan kampung.
Nasi goreng ikan masin sama juga ya. Memang tak akan order dah lepas ini.
Bukan sahaja mempunyai warna dan tekstur yang sama, nasi goreng tersebut juga dipercayai digoreng di dalam satu kuali yang sama. Namun pemilik video ini sama sekali tidak menceritakan mengenai rasa nasi goreng tersebut dan itu merupakan kali terakhir dia membuat pesanan di restoran berkenaan.
Pastu bila kedai tak laku , tak ada orang cakap la kena buatan orang. Orang buat bagai sendiri pelingkup (rosakkan) bisnes sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut geram dengan makanan yang disajikan dan turut mendakwa nasi itu digoreng dalam satu kuali yang sama.
Video penuh:
@dian_dianzpastu bila kedai tak laku , tkde org . cakap la kena buatan org , org buat bagai ,sendiri pelingkup bisnes sendiri? original sound – dian_dianz
Respon netizen
Sumber: Dian