Sekadar gambar hiasan
Umumnya mengetahui semalam merupakan hari pertama, umat Islam menyambut bulan Ramadan. Apa yang sering menjadi perhatian ketika berbuka, adalah menu juadah itu sendiri sama ada ia dimasak secara terus ataupun dibeli di bazar-bazar berhampiran. Bagaimanapun, ada individu yang lebih memilih untuk membeli berbanding masak sendiri berikutan kekangan masa yang dihadapi oleh mereka.
Artikel Berkaitan:Peniaga Kecewa, Kena Maki Dengan Pelanggan Sebab Lambat Reply Whatsapp
Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…
Artikel Berkaitan: Punya Takut Suami Marah Bayar Caj COD, Wanita Gigih Kira Kos Peniaga Sampai Guna Excel!
Pelanggan luah rasa kecewa
Foto: Sean Pablo
Seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Sean Pablo menerusi satu kumpulan Warga Kota Damansara di laman Facebook, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap peniaga kedai makan. Lelaki ini mendakwa, dia mendapat layanan kurang baik berikutan mendapat kuah dal yang sudah basi ditambah pula roti canai yang hanya dipanaskan semula bagi juadah berbuka puasanya.
Bahkan, menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat kuah tersebut sudah mula berbuih menunjukkan tanda basi.
Nasi ***** ***. Kuah dal basi kau bagi dekat aku untuk buka puasa. Roti canai pun jenis panaskan balik. Kalau macam nie servis kau, tutup je laaa kedai. Owner kedai bila aku call pun jenis banyak bunyi.
Tidak berakhir di situ, dia turut mengambil inisiatif untuk membuat aduan kepada pemilik restoran namun, pemilik restoran tersebut seolah-olah berdolak dalih dengan apa yang telah terjadi.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat tindakan peniaga tersebut adalah tidak wajar dengan menyajikan kuah yang basi kepada pelanggan. Pada masa yang sama, mereka turut berkongsi pengalaman ‘pahit’ mereka berada di restoran tersebut.
Sumber: Sean Pablo via Warga Kota Damansara