Foto: Tangkap layar video
Tidak dinafikan terdapat sesetengah individu lebih memilih untuk membeli juadah berbuka di bazar Ramadan berbanding memasak sendiri di rumah berikutan pelbagai faktor yang wujud. Bahkan, terdapat kepelbagaian menu yang ditawarkan dan memenuhi cita rasa pembelinya.
Artikel Berkaitan: ‘Makanan Basi Janganlah Jual…’
Artikel Berkaitan:Peniaga Kecewa, Kena Maki Dengan Pelanggan Sebab Lambat Reply Whatsapp
Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…
‘Nasi berair macam nasi air’
Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang pembeli dikenali sebagai Muhammad Zulkarnian menerusi kumpulan Warga Kota Damansara di Facebook, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap peniaga sebuah bazar Ramadan. Lelaki ini mendakwa nasi kukus yang dibeli ‘berair’. Bahkan, menerusi video yang dikongsi dapat dilihat keadaan nasi tersebut yang ‘basah’.
Nama ja nasi kukus, tapi nasi berair mcm nasi air, beli pukul 6 lebih kot, orang pun tak ramai sangat beratur, dengan kuah pun dia tak bagi, beli 1 takpa kalau beli 3. Harga 7 ringgit satu. Janganlah buat dekat orang yang nak berbuka,
Di samping itu, dia turut menjelaskan keadaan kedai tersebut ketika itu sama sekali tidak sesak dengan kehadiran pengunjung yang lain dan makanan tersebut dibeli ketika pukul 6 petang. Tidak berakhir di situ, apa yang lebih menyedihkan apabila peniaga itu sama sekali tidak memberikan kuah bagi tiga bungkusan nasi kukus yang dibelinya dengan harga RM7 ringgit.
Aku beli pakai duit bukan free. Aku berbuka air ja harini, nasi kukus di bazar ***** * . Tolonglah jaga mutu masakan.
Respon netizen
Foto: Tangkap layar komen
Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respon daripada netizen yang turut mengecam tindakan peniaga tersebut yang dilihat cuba mengaut keuntungan dengan cara yang mudah.
Pada masa yang sama, mereka turut memberikan nasihat kepada para peniaga supaya menjaga mutu makanan yang dijual kepada pembeli.
Sumber: Muhammad Zulkarnian via Warga Kota Damansara