berita

Order Berkali-Kali Ditolak, Warga Bangladesh Terharu Akhirnya Ada Driver Grab Sanggup Hantar Hinggalah..

June 26th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tidak dapat dinafikan, segelintir daripada kita memberi layanan berbeza kepada pendatang warga asing di negara ini. Mereka dilabel busuk malah kehadiran mereka tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

Di Facebook, Fadhli Sahar kongsi pengalaman pernah mengambil penumpang warga Bangladesh. Mereka sedar bahawa bau badan mereka menyebabkan pemandu tidak selesa sehingga tempahan direject tiga kali.

Kisah rakan pemandu Grabcar

Mendapat lebih 12k retweet dan 5k likes, perkongsian Fadhli Sahar ini mendapat perhatian ramai. Rata-rata tidak bersetuju dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang memandang serong dan bersikap perkauman dengan pendatang asing.

‘Abang, boleh hantar kami?’

Menceritakan situasi sebenar yang berlaku, Fadhli ketika itu menerima tempahan Grab daripada tiga orang lelaki Bangladesh. Dia masih ingat pesanan supaya tidak mengambil warga asing kerana masalah bau badan mereka.

Namun, dia tetap menerima tempahan tersebut dan sebaik sahaja mereka masuk dia terpaksa menahan nafas. Dia menukar mode penghawa dingin kepada fresh air namun ianya tidak membantu.

‘Semua cancel booking bila nampak kami’

Di lampu isyarat, dia terpaksa menurunkan tingkap untuk mengambil udara segar dan menutup hidung dengan baju. Melihat kepada dua orang penumpang yang tidur, dia hanya diam dan teruskan pemanduan.

‘Saya tahu abang tak selesa’

Setibanya di destinasi, salah seorang daripada mereka menghulurkan RM100 dan menolak untuk menerima baki. Malah, mereka bertiga sangat berterima kasih kerana sanggup menerima tempahan.

Sumber : Fadhli Sahar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×