Pernah tak korang order sesuatu barangan tetapi hasilnya tidak seindah yang disangkakan. Tambahan pula jika barang yang dibeli dengan harga mahal, sebagai pengguna mestilah kita mahukan hasil setimpal dengan harga yang dibayar.
Seperti yang viral di facebook semalam, perkongsian lelaki ini mengenai sebuah kek Elsa buat netizen pecah perut. Lain yang diminta, lain pula yang dapat. Gambar yang diambil daripada google itu pada awalnya hanya bertujuan untuk menghiburkan rakan tidak sangka pula viral sehingga ke Indonesia.
Apa yang tak kena ni?
Berhampiran rumah ada kedai kek/cake dan aku order cake . Org kat kedai tu kata mereka boleh buat pelbagai design cake . Aku beri contoh gambar yang aku ingin utk cake tersebut.
Org kedai kata siap 2jam . Mereka minta deposit tapi aku bayar penuh.
Sekali bila aku ambil dari kedai & bawa balik rumah. Tiba dirumah aku buka kotak cake dan lama juga aku perhatikan cake tu.
Apa yang tak kena ni ????
Hanya cerita rekaan
Aku saja reka cerita ini kerana aku bosan malam semalam. Tak sangka petang ini dishare viralkan oleh sahabat FB . Kendian *lip lap lip lap* Terlintas diotak ini nak share kat group.
Itu sahaja. Semoga terhibur.
Maaf kepada yang terpercaya dan terpedaya .
“Oh Tuhanku, hari ini aku buat ramai orang gembira gelak ketawa dan segelintir marah marah sayang dengan aku. “
Empunya status telah menjelaskan bahawa kisah kek tersebut hanyalah rekaan berniat untuk menghiburkan kenalan facebook. Tidak disangka status tersebut menjadi viral sehingga mendapat 17k perkongsian. Meskipun ramai yang terhibur, namun ada juga yang mengecam mendakwa lelaki ini tidak jujur.
Admin sendiri gelak berdekah pertama kali melihat kek tersebut, mana taknya gambar Elsa punyalah cantik tetapi kek yang dibuat lain macam pula. Antara komen netizen yang terhibur.
Sumber : Deom Alias