Seekor kucing yang selamat selepas terlibat dengan tragedi pesawat ringan terhempas di Elmina baru-baru ini dilaporkan sudah mati.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Oyen Ada Di Kawasan Pesawat Terhempas’
Positif virus FIV
View this post on Instagram
Menerusi hantaran dimuat naik doktor yang merawat Oyen, Dr Zul Erwan di Instagram (IG), kucing berkenaan meninggal dunia akibat daripada jangkitan virus ‘feline Ilimmunodeficiency virus’ (FIV).
Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telah pun pergi untuk selamanya hari ini.
Oyen yang didapati positif virus FIV (AIDS kucing), membuatkan sistem immune badan Oyen terganggu.
Difahamkan, komplikasi luka di bahagian belakang Oyen telah menyebabkan jangkitan merebak dengan sangat cepat sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan yang sangat lemah.
Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.
Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin tetapi Oyen tidak dapat bertahan.
Di akhir hantarannya itu, Dr Zul menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Oyen.
Terdahulu, tularnya berita mengenai seekor kucing diberi nama Oyen yang ditemui berhampiran lokasi nahas pesawat terhempas yang mengorbankan 10 nyawa oleh petugas KKM.
Sumber: Instagram