berita

Padah Baran Tak Bertempat, ‘Samseng’ Simbah Air Ke Jurutol Ditahan Polis

October 6th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di media sosial viral video menunjukkan seorang lelaki berkelakuan tidak sopan apabila bertindak menyimbah air kepada jurutol bertugas.  Lelaki tersebut dipercayai berang kerana tidak dapat menambah nilai di pondok tol tersebut.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Simbah Air Berang Tak Boleh Topup Kad Touch ‘n Go

Terbaru, Harian Metro melaporkan lelaki berkenaan sudah pun ditahan polis bagi membantu siasatan kes susulan laporan yang dibuat mangsa.

Dah berjaya ditahan

 

View this post on Instagram

 

Gangster betul orang melayu ni? #viralpost #kiniviral #kongsiviral

A post shared by @ ften.syfqah on

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Risikin Satiman, mangsa bertindak melaporkan kejadian kepada polis kerana bimbang dengan ugutan yang buat suspek.

Kejadian itu berlaku pada 7 pagi semalam ketika mangsa bertugas di Plaza Tol Kesas dari Puchong menghala ke USJ didatangi suspek yang memandu Perodua Bezza masuk ke lorong tol dan mahu membuat tambah nilai.

Bagaimanapun, mangsa memaklumkan bahawa tambah nilai hanya boleh dibuat di lorong bersebelahan dan suspek ke lorong seperti disyorkan sebelum berlalu pergi.

Pada 9.05 pagi hari sama, suspek datang semula ke tempat mangsa bertugas dan memarahi serta menyimbah air minuman ke arah mangsa sebelum beredar.

Bertindak di atas laporan tersebut, pihaknya berjaya mengesan dan menahan suspek. Kini, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×