Seorang jurutol yang dikenali sebagai Faten, berdepan detik cemas apabila seorang pengguna jalanraya bertindak menyimbah air ke dalam pondok tol ketika dia sedang bertugas. Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (cctv) itu dipercayai berlaku di Lebuh Raya Kesas kira-kira jam 7.30 pagi tadi.
Disimbah air sejuk
https://www.instagram.com/p/CF8jq3eJrak/?utm_source=ig_web_copy_link
Menurut Faten, lelaki tersebut ingin menambah nilai kad Touch N Go (TNG) namun perkhidmatan itu tidak disediakan di lorong tersebut. Lelaki itu bagaimanapun tetap berkeras untuk menambah nilai di pondok tol yang dijaganya.
Lelaki itu bertindak datang semula kira-kira jam 9.20 pagi dengan membawa bungkusan air sejuk dan bertindak menyimbah Faten di situ. Tidak berakhir di situ, lelaki itu turut mengeluarkan kata-kata kurang manis kepada Faten.
Punca kejadian
Sumber: ften.syfqh