Foto: IndoZone
Tindakan seorang wanita yang didakwa mencuri sebuah telefon bimbit melalui tingkap di salah sebuah rumah penduduk di Jalan Kapten Sumarsono Gang Setia, Indonesia, sebelum melarikan diri memanjat pagar kawat duri mengundang padah apabila mayatnya dijumpai ‘tersangkut’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Simbah Minyak Panas Dekat Suami Selepas Disuruh Goreng Ikan
Artikel Berkaitan: Muka Berlumuran Darah Dipukul Suami, Wanita Sempat Buat ‘Live’ Minta Bantuan
Artikel Berkaitan: Berang Isteri Dirogol Sebanyak 2 Kali, Suami Bertindak Bunuh Majikan Isteri Dengan 13 Kesan Tikaman
Dijumpai oleh penduduk setempat
Foto: IndoZone
Menerusi laporan IndoZone, mayat wanita itu dijumpai oleh penduduk setempat berikutan leher dan pakaiannya yang tersangkut pada pagar kawat duri di sebuah rumah kosong. Difahamkan, wanita tersebut ‘panik’ dan cuba melarikan diri setelah perbuatannya diketahui oleh pemilik rumah.
Penemuan wayat wanita itu secara tidak langsung menyebabkan penduduk tempatan kecoh bagaimanapun, identiti wanita tersebut masih belum dapat dikenal pasti.
Kawan sempat lari
Foto: IndoZone
Ujar salah seorang penduduk, dikenali sebagai Utari Aprilia, wanita tersebut didakwa mencuri telefon bimbit bersama rakannya pada malam Jumaat (13/8/2021) yang lalu. Namun, tindakan mereka berjaya dihidu oleh pemilik rumah sebelum cuba untuk melarikan diri. Bagaimanapun, rakannya ketika itu berjaya melarikan diri meninggalkan wanita tersebut tersangkut pada kawat duri.
Difahamkan, wanita tersebut meninggal dunia berikutan tidak mendapat sebarang pertolongan dan cuaca ketika itu hujan lebat sebelum mayatnya berjaya ditemui oleh penduduk tempatan pada Sabtu petang.
Sumber: IndoZone