berita

Berang Isteri Dirogol Sebanyak 2 Kali, Suami Bertindak Bunuh Majikan Isteri Dengan 13 Kesan Tikaman

June 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Indonesia, seorang suami nekad membunuh individu yang bertanggungjawab merogol isterinya sebanyak dua kali. Kejadian tidak bermoral ini diketahui oleh si suami apabila si isteri tampil menceritakan perkara sebenar yang dia telah dirogol oleh majikannya sendiri.

Perogol dibunuh

Foto: Regional Kompas

Menerusi laporan Tribun News, perogol sempat mengugut untuk membunuh mangsa jika dia menceritakan apa yang telah berlaku kepada suaminya.

Pertama kali saya dirogol semasa bulan puasa. Ketika itu suami, suami tiada di rumah dan sedang bekerja. Dia (perogol) ancam untuk bunuh kami sekeluarga bila saya ceritakan apa yang telah terjadi.

Tidak berakhir di situ, majikannya juga sempat ‘memujuk’ wanita berkenaan supaya meninggalkan (bercerai) suaminya dan turut melemparkan janji-janji manis yang dia akan berkahwin dengan wanita itu selepas ini. Tertekan dengan apa yang telah terjadi, wanita ini tekad menceritakan perkara sebenar kepada suaminya.

Bagaimanapun, suaminya ketika itu terus memeluk isterinya dan memujuk supaya bersabar dengan apa yang telah terjadi.

Ketika dia tahu saya dirogol, suami saya terus peluk dan suruh sabar dengan apa yang telah terjadi.

Ajak perogol minum ‘tuak’

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, suaminya merancang untuk membunuh perogol berkenaan dan mengajak dia untuk datang ke rumah untuk minum tuak bersama-sama. Bagaimanapun, setelah perogol itu mabuk, suami kepada mangsa bertindak menikam lelaki berkenaan sebanyak 13 kali tusukan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Menerusi siasatan awal, motif kejadian adalah disebabkan si suami menyimpan dendam terhadap majikan isterinya yang bertindak di luar kawalan. Jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×