berita

Padah Gila Seks, Anu Lelaki Ini Tersangkut Pada Kemaluan Kucing Yang Dirogolnya

March 28th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Entah apa yang bermain di fikiran lelaki bernafsu binatang ini apabila tergamak merogol seekor kucing. Gila barangkali? Lelaki dari Mesa, Arizona ini dilaporkan merogol kucing dan perbuatan jijik ini disedari oleh jirannya.

Kemaluan tersangkut pada kucing

Suspek, Michael Navage yang berusia 40 tahun dilaporkan merogol kucing miliknya di dalam bilik air rumahnya. Saksi melaporkan bahawa terdengar bunyi kucing menjerit kesakitan dan mendegar suspek meminta tolong apabila kemaluannya tersangkut pada kucing tersebut.

Saya juga mendengar dia memanggil kucing itu pelacur selain terdengar bunyi kucing menjerit kesakitan. Dia juga meminta tolong, mengatakan kucing tersebut melekat pada kemaluannya.

Semasa pihak polis tiba di tempat kejadian, polis menemui Navage dalam keadaan berdiri bogel sambil membalut kucing itu dengan tuala di kemaluannya. Dia mendakwa dia hanya mandi bersama kucing itu dan sedang mengeringkan kucingnya.

Kecederaan jelas pada kucing

Menurut laporan polis, dia menafikan dakwaan itu kerana mengatakan bahawa dia membela kucing itu sejak kecil dan amat menyayangi kucing tersebut. Namun berdasarkan pemeriksaan terhadap kucing berkenaan, kucing tersebut mengalami kecederaan di bahagian kemaluan serta pendarahan dan kesan lebam di sekitar kemaluannya itu.

Laporan X-ray menunjukkan kucing tersebut pernah mengalami kecederaan di bahagain rusuk dan pelvik yang baru saja sembuh.

Suspek menagih methamphetamine

Siasatan lanjut pihak polis menemui dadah jenis methamphetamines, wang palsu berjumlah 100 dollar, kad kredit dan beberapa kad pengenalan nama berlainan di permisnya. Suspek disabitkan dengan beberapa kesalahan termasuk mendatangkan kecederaan kepada haiwan dan penyalahgunaan dadah. Dia akan dihadapkan ke mahkamah pada 28 mac.

Sumber: Azfamily.com

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×