berita

Padam Foto Penyondol Di IG, Isteri ND Lala Dapat Kata-Kata Semangat Daripada Rakan Artis & Netizen

April 4th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, isteri pelakon dan penyanyi era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, semalam (Isnin) selepas melakukan pendedahan identiti penyondol di media sosial.

Artikel berkaitan: Netizen Serang Instagram ND Lala – ‘Saya Ada Popcorn Extra’

Artikel berkaitan: ‘Banyak Yang Anggap Diriku Bahagia, Itu Kerana Aku Berhasil Sembunyi….’

Artikel berkaitan: ‘Akan Ada Selalu Waktu Yang Dirindukan, Namun Tidak Dapat Terulang Kembali’ – Isteri ND Lala

Artikel berkaitan: ‘Jika Sekiranya Diam Itu Bijak, Lakukanlah’ – Status Ibu Shila Amzah Timbul Tanda Tanya

Dah padam?

Terbaru, menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Fauziah dipercayai sudah memadam posting gambar penyondol rumah tangganya. Foto yang meraih pelbagai komen itu dipercayai telah dipadam hari ini.

Di samping itu, Fauziah dilihat menerima pelbagai kata-kata semangat daripada rakan artis dan netizen. Rata-rata netizen bersimpati mengenai apa yang sudah berlaku dan berharap Fauziah kuat demi diri sendiri.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.

Isteri baharu pelakon ini dikatakan masih muda dan jarak usia antara mereka sangat jauh. Difahamkan, penduduk berdekatan tempat tinggal mereka mula mengesyaki sesuatu apabila sering melihat artis berkenaan kerap berada di kawasan tersebut.

Sumber: Fauziah Sarman

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×