Semalam, posting yang dimuat naik oleh isteri kepada penyanyi, ND Lala iaitu Fauziah Sarman berjaya mencuri perhatian netizen. Mana taknya, Fauziah seakan mengesahkan spekulasi wujud ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka.
Bukan itu sahaja, ibu kepada penyanyi, Shila Amzah ini turut memuat naik satu foto hitam putih yang dipercayai gambar passport seorang wanita.
Artikel berkaitan: ‘Akan Ada Selalu Waktu Yang Dirindukan, Namun Tidak Dapat Terulang Kembali’ – Isteri ND Lala
Artikel berkaitan: ‘Jika Sekiranya Diam Itu Bijak, Lakukanlah’ – Status Ibu Shila Amzah Timbul Tanda Tanya
Artikel berkaitan: Netizen Petik Nama ND Lala, Tapi Isteri Kongsi Foto Bersama Sempena Anniversary?
Artikel berkaitan: Isteri ND Lala Dedah Wajah, Nama Penuh Penyondol Di Instagram?
Banyak yang anggap diriku bahagia
Terbaru, Fauziah berkongsi mutiara kata di Instagram Storynya. Mutiara kata tersebut dipercayai menggambarkan perasaannya pada waktu ini. Ini kerana, dia mampu tersenyum menunjukkan kebahagiaan meskipun otak dan hatinya benar-benar kusut.
Sebelum ini, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
Mahligai cinta pasangan sejoli ini juga dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.
Sumber: Fauziah