Atas dasar cinta, pasangan muda ini nekad mencari kebahagiaan hidup walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh keluarga masing-masing. Namun, cabaran hidup yang sangat sukar di ibu kota mula menguji perasaan dan hati kedua-dua insan muda ini.
Dalam episod semalam, rata-rata netizen gembira apabila Azman (Keith Foo) dibawa ke hospital sakit jiwa bagi mendapatkan rawatan susulan berhubung masalah mental yang dihidapinya. Pada masa yang sama, netizen tersentuh melihat lukisan yang dilukis oleh Hairi (Afieq Shazwan) mengenai kisah hidupnya dengan Neesa (Yuna Rahim).
Terpaksa buat ‘fake death’
Berbaki satu lagi episod, Damia telah bersemuka dengan Neesa dan menceritakan peristiwa hitam yang menimpa dirinya semasa berkahwin dengan Azman. Di samping itu, Damia turut memberitahu tempat persembunyiannya selama ini. Oleh kerana Azman terlalu mencintai Damia, wanita tersebut sanggup melakukan ‘fake death’. Bukan itu sahaja, Damia memberitahu Neesa bahawa dia sudah tidak tahan menjadi mangsa keganasan Azman.
Neesa turut memberitahu hal yang sama kepada Damia. Menurut Neesa, Azman sudah mula menunjukkan perbuatan yang aneh sehingga dirinya sendiri tidak dibenarkan untuk mendekati Hairi. Disebabkan kerisauan dan ketakutan yang melampau, Damia tidak mahu Neesa menjadi mangsa seperti dirinya. Oleh kerana wajah mereka saling tak tumpah, Neesa mengajar Damia untuk berlakon dan perangkap Azman.
Aku tak akan maafkan kau
https://www.youtube.com/watch?v=EkBS0eJzWqQ
Ketika Azman pulang ke rumah, dia mula berasa hairan kerana terdapat dua orang wanita yang sama iaitu Damia dan Neesa. Pada masa itu, Damia dan Neesa sengaja mempermainkan Azman sehingga lelaki tersebut teringat peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini. Namun, Azman bertindak agresif dan mencekik Damia. Siapa sangka, Hairi yang kebetulan tiba di rumah berkenaan segera menyelamatkan Damia dan isterinya daripada menjadi mangsa Azman.
Abang Neesa iaitu Jenal (Fimie Don) turut tiba di rumah tersebut dan memukul Hairi kerana membawa lari adiknya selepas mereka berkahwin tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa. Tindakan Jenal itu telah menyebabkan Hairi pengsan dan perlu dibawa ke hospital dengan kadar segera. Kecewa dengan sikap Jenal, Neesa mula memarahi abangnya itu. Kesedihan Neesa tidak berakhir setakat itu sahaja, dia mula melihat diari Hairi dan mendapati semua kisah di antara mereka dilukis khas di dalam diari tersebut. Kalau korang nak tahu Hairi kembali sihat ataupun tidak? nantikan episod malam ini okay!