berita

Padanlah Dr. Halina Cantik, Penangan Secret Skin White Kawaii Collagen Rupanya!

August 13th, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

unnamed1

Kenal Datin Dr. Halina? Tipulah kalau kata tak kenal. Isteri kepada angkasawan negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ni bukan setakat seorang doktor je, tapi juga semakin terkenal dan sering menjadi cover muka hadapan majalah. Dah macam selebriti gayanya.

Sebenarnya dalam diam ramai juga yang memuji kecantikan Dr. Halina. Lebih-lebih lagi bila melihat kulit mukanya yang halus mulus walaupun tanpa dicalit sebarang solekan. Natural beauty, orang kata.

Rupa-rupanya barulah kami tahu bahawa rahsia kecantikan ibu kepada dua orang puteri comel ini adalah kerana minuman berkolagen.

IMG_6915

Menerusi blognya baru-baru ni, Dr. Halina mendedahkan beliau mengamalkan produk Secret Skin White Kawaii Collagen dari Zofea Beauty yang dapat menyelesaikan masalah kulit gelap, kusam, kulit kering, kulit berminyak, kulit berjerawat, berjeragat dan sebagainya.

Kalau setakat baru amalkan selama seminggu terus mengaku ada perubahan positif, mestilah orang tak percaya, kan? So, nak dijadikan cerita, Dr. Halina ambil masa enam bulan sebelum betul-betul berpuas hati dengan kesannya.

Di laman Instagramnya pun, Dr. Halina selalu berkongsi gambar beliau membawa dua paket minuman kolagen itu setiap kali bertugas di hospital semata-mata untuk mengekalkan tenaga berpanjangan dan menguatkan sistem imunisasi.

Screenshot_2014-08-08-16-13-03

Tambahan lagi, produk anti-oksidan ini juga dihasilkan bagi menyah-toksin segala radikal jahat yang bebas di sekeliling kita. Kalau ada yang kurang faham, radikal bebas inilah antara punca menyebabkan kulit ditumbuhi jerawat hingga meninggalkan cela.

Ha, dek berkat kesabaran dan tuah jadi orang cantik, akhirnya pengeluar produk ini melamar Dr. Halina sebagai duta Secret Skin White Kawaii Collagen. Memang sesuai sangatlah tu!

Bagi yang dah lama geram nakkan kulit muka glowing tanpa perlu edit guna Camera360, bolehlah cuba produk ni. Mana tahu berhasil, lepas tu tiba-tiba ada produser filem nak jadikan pelakon pula. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, kan?

SKIP THIS AD ×