Kempen ‘Syukur Selalu’ Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) pada beberapa tahun yang lalu mendapat sambutan dan meninggalkan kesan yang positif dalam kalangan penonton. Tahun ini, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) tampil dengan kempen ‘Setulus Ikhlas’.
Jika sebelum ini kempen ‘Syukur Selalu’ mendidik agar kita sentiasa bersyukur di atas nikmat, kempen ‘Setulus Ikhlas’ kali ini tampil mengetengahkan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara. Pemilihan Setulus Ikhlas sebagai tema adalah tepat dalam konteks kehidupan masyarakat kini yang sering lupa untuk meletakkan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab atau kehidupan mereka
Duta Setulus Ikhlas
Setiap tahun penonton tak sabar ingin mengetahui siapakah selebriti terkenal yang bakal menjadi penghias kempen Ramadan Raya. Kali ini kempen Setulus Ikhlas diwakili artis popular Aeril Zafrel, Syafiq Kyle, Wawa Zainal, Zara Zya, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Mimi Lana, Mira Filzah dan Hairul Azreen. Wajah-wajah ini memainkan peranan penting pada kempen Setulus Ikhlas di kaca TV, laman media sosial, papan iklan dan pesanan khidmat masyarakat di MPTN dan juga acara padang yang bakal berlangsung sepanjang kempen ini.
Program ramadan raya
Perkara yang paling dinantikan saban tahun menjelang Ramadan dan Syawal ialah barisan program menarik yang bakal disediakan oleh MPTN. Antara barisan program menarik yang bakal disajikan sempena Ramadan Raya ialah program signature Raudhah, bual bicara dan gaya hidup seperti Jejak Rasul Ulul Azmi, Jom Berbuka, Sembang Sahur dan banyak lagi.
Selain itu, program bual bicara yang bakal memberi info-info menarik di pagi Raya dan sepanjang musim perayaan ini ialah Borak Kopitiam Raya, Malaysia Hari Ini Raya, Raya Di Penjara, Wanita Hari Ini Raya dan Tanyalah Ustaz Setulus Ikhlas.
Manakala bagi drama bersiri menarik menerusi slot Akasia, Iris, Lestary, Samarinda dan telefilem istimewa Ramadan Raya juga bakal dibarisi pelakon hebat seperti Nabila Huda, Nad Zainal, Zara Zya, Alif Satar, Janna Nick, Shukri Yahaya, Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Saharul Ridzwan dan ramai lagi pasti tidak akan mengecewakan para penonton.
Drama-drama rantaian hangat seperti Pia, Ikhtibar, Ajak Oh Ijal, 30 Pesanan Suara, Cari Aku Di Syurga dan Diari Ramadan Rafique Reunion bakal disajikan. Bukan itu sahaja, seleksi Telefilem Ramadan juga ada seperti Anak Syurga, Terima Kasih Ibu, Maaf Dari Khilaf, Cinta Sesungguhnya, Sinar Ramadan Untuk Amanda, Geng Van Jenazah, Tiga Lima, Masihkah Ada Raya Buatku, Ayyad Aisyah.
Program hiburan raya
Antara program hiburan yang bakal memeriahkan hari raya korang pada tahun ini ialah Drop The Beat Extra, J.K.K Raya 2019, Senang Terhibur Extra, Melodi Raya Genting, BBB Extra Raya, Muzik-Muzik Raya. Manakala untuk drama rantaian dan telefilem istimewa sempena raya kali ini adalah Aku Tak Raya, Raya Kali Ini, Syawal Untuk Semah, Pujaan Hati Kanda Raya, Samad Tedung, Batik Zakiah, Hantu Don, Derita Pia, Wakaf Dosa, Dosa Yang Tak Diiktiraf.
Bukan itu saja, filem-filem blockbuster dari dalam Malaysia sehinggalah ke filem blockbuster antarabangsa Mael Lambong, J Revolusi, Pulang, Bahubali The Beginning, Tomorrowland, Boiboiboy The Movie, Dangal, KL Gangster, KL Gangster 2, Abang Long Fadhil, Avengers Age of Ultron, Bahubali Conclusion dan Riddick bakal menyemarakkan lagi sambutan Syawal kali ini.
Acara padang Setulus Ikhlas
Setiap kali tibanya Ramadan pastinya kempen tidak lengkap tanpa acara padang yang menjadi acara simbolik. Pada edisi tahun ini, MPTN menampilkan dua acara padang iaitu Grand Bazar Ramadan Raya yang bertempat di Bulatan Bazarena Stadium Shah Alam dan di Stadium Bukit Jalild. Manakala Check-in Kampung pula berlangsung di Sungai Besar dan di Mukim Kesang, Tangkak. Dua acara padang ini bukan sahaja untuk mempromosikan program-program di MPTN, malah ianya juga dapat memberi peluang kepada MPTN untuk merasa lebih dekat lagi dengan penonton dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan MPTN dan masyarakat.
Hangatkan lagi perbualan di platform media sosial anda dengan #Setulusikhlas.