Penyanyi, Siti Sarah dilaporkan masih belum sedarkan diri dan memerlukan bantuan oksigen selepas ditidurkan semalam. Selain Sarah, Fazli Zainal juga dipercayai masih berada di hospital kerana mengalami masalah pernafasan selepas dijangkiti wabak Covid-19.
Artikel berkaitan: ‘Sarah Masih Lagi Belum Sedar, Masih Perlukan Bantuan Oksigen…’ – Shuib Sepahtu
Artikel Berkaitan: Tahap Oksigen Siti Sarah Makin Menurun, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan
Artikel Berkaitan: ‘Siti Sarah Dah Ditidurkan..’ – Pengurus
Artikel berkaitan: ‘Semakin Hari Keadaan Semakin Teruk’ – Fazli Zainal Masuk Wad, Perlu Bantuan Oksigen
Susulan daripada itu, penyanyi, Nora Ariffin telah mengadakan majlis doa selamat dan bacaan Yasin secara ‘virtual’ untuk Siti Sarah dan Fazli Zainal. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ramai rakan artis serta kelab peminat kedua-dua penyanyi tersebut.
Semoga mereka sembuh
View this post on Instagram
Alhamdulillah syukur pada Allah SWT di atas kesudian ramai rakan-rakan artis, penggiat seni, sahabat-sahabat dan peminat yang menyertai sesi doa selamat dan bacaan Yasin khususnya kepada @sitisarahraissuddin, @shuibsepahtu dan keluarga @fazli_zainal serta ramai lagi kawan-kawan yang sedang diuji. Semoga Allah SWT memakbulkan doa-doa kita, meyembuhkan mereka yang sakit dan melindungi kita dari wabak covid-19.
Sebagai salah seorang anak seni yang sangat mengenali Siti Sarah, Nora telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis tersebut. Menurut Nora, mereka hanya mampu berdoa dan berharap Siti Sarah dan Fazli Zainal kuat menghadapi dugaan ini.
Nora turut memberi ucapan terima kasih buat semua rakan artis yang sudi meluangkan masa menyertai majlis tersebut. Tambah Nora, dia memohon maaf kepada mereka yang tidak berpeluang menyertai majlis tersebut. Antara rakan artis yang dilihat menyertai majlis tersebut ialah Ellie Suriati, Nasir kumpulan Search dan Juliza Adzlizan.
Air mata mengalir
View this post on Instagram
Di samping itu, Ajak Shiro turut berkongsi satu video mengenai isterinya yang sedang membaca Yasin buat Siti Sarah.
Balik-balik kerja tadi terdengar suara orang baca Yasin. Rupanya ibu yang tengah baca. Bila ditanya je air mata dia tumpah. Katanya baca untuk kawan dia @sitisarahraissuddin . Maaf kalau dia teremosi, sebab bulan ni sahaja 2 orang ahli keluarga wife saya pergi sebab covid-19. Mungkin sebab tu dia jadi fobia. Insyaallah doakan yang baik2 buat @sitisarahraissuddin dan semua pesakit covid-19..Semoga kita disembuhkan dari segala penyakit ini
Jelas Ajak, isterinya turut kehilangan dua orang ahli keluarga dek kerana pandemik yang berlaku ini. Sebaik sahaja mendengar mengenai kisah Siti Sarah, Afifah dipercayai tidak dapat menahan sebak.
Sumber: Nora & Ajak Shiro