berita

‘Siti Sarah Dah Ditidurkan..’ – Pengurus

August 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi terkenal iaitu Siti Sarah terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan dengan tahap oksigen yang tidak stabil.

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Dimasukkan Ke ICU, Shuib Mohon Dipermudahkan Urusan

Artikel Berkaitan: Tahap Oksigen Siti Sarah Makin Menurun, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan

Di Instagram, suami kepada Siti Sarah iaitu Shuib memohon agar orang ramai mendoakan keselamatan dan kesembuhan isteri tercinta bersama anak dalam kandungan.

Siti Sarah ‘ditidurkan’

Terbaru, pengurus Siti Sarah iaitu Nana Mohammad Rom memaklumkan bahawa penyanyi berusia 36 tahun itu kini sudah ditidurkan.

Sarah dah tidurkan. Minta tolong doakan dia.

Jelasnya lagi, majlis bacaan Yassin juga telah dibuat sebagai satu alternatif untuk mendoakan kesembuhan buat Siti Sarah. Menurut Nana, selepas bacaan Yassin sebentar tadi, doktor memaklumkan paras oksigen Siti Sarah semakin baik dan mereka akan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pada pukul 2 petang ini.

Insya-Allah dengan pembedahan tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa hamba-Mu ini.

Terdahulu, Shuib menjelaskan pembantu rumahnya telah disahkan positif Covid-19 dan mereka telah pun membuat ujian saringan Covid-19. Namun, pada 25 Julai lalu Shuib sekeluarga disahkan menghidap wabak maut itu sebelum diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×