Pelawak Ebby Yus memaklumkan sahabatnya yang juga pelawak Ilya Buang Shaharum atau Pak Ya ditahan di wad pada Jumaat kerana terdapat batu pada bahagian hempedu dan menghidap masalah jantung.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ’Saya Perjuangkan Supaya Artis-Artis Veteran Diangkat Martabat’ – Azlee Senario Menangis
Artikel berkaitan: ‘Tak Apa Kalau Tak Puji Lawak Jenaka Saya Tetapi Jangan Kecam’ – Ebby Yus
Rasa sakit bila makan
Memetik laporan Harian Metro, Ebby memberitahu doktor menjalankan prosedur ‘endoscopy’ terhadap Pak Ya gara-gara dia sering rasa sakit setiap kali makan.
Pada malam Khamis lalu, Pak Ya ada hantar gambar kepada saya, dia pergi klinik jumpa doktor. Dia ada tunjuk tekanan diri agak tinggi. Keesokan harinya, dia mesej saya, dia kena tahan di wad.
Doktor mengesyaki terdapat batu dalam hempedunya yang menyebabkan rasa sakit bila makan. Rasa sakit itu sampai ke ulu hati. Cuma saya tak pasti tahap keseriusannya.
Dia juga memaklumkan doktor mahu membuat prosedur ‘endoscopy’ untuk lihat bahagian ususnya kalau ada masalah apa-apa. Kemudian pada Sabtu lalu, saya ada peluang pergi jenguk dia.
Bagaimanapun, Ebby berkata Pak Ya dalam keadaan yang baik dan mungkin akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
Bila saya lawat, dia okay saja, boleh gelak-gelak. Dia beritahu hasil ‘endoscopy’ itu okay. Cuma jantungnya ada sedikit masalah. Sudah lama saya tahu, biasalah saya pun alami penyakit-penyakit itu.
Dia kata doktor cakap jantung dia tak berapa cantiklah. Dia sepatutnya kena buat prosedur pembedahan batu dalam hempedu itu. Tapi ia bergantung kepada pemeriksaan doktor terhadap jantungnya.
Sama ada jantung dia kuat atau tidak, boleh terima pembedahan atau tidak. Andai kata semuanya okay, mungkin dalam minggu ini dia akan menjalani pembedahan.
Terdahulu, Ebby berkongsi hantaran di Instagram melawat Pak Ya di hospital dan memohon orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.
Sumber: Harian Metro