Seperti yang kita tahu, ramai selebriti tempatan telah menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2022) yang berakhir pada Ahad lalu.
Artikel berkaitan: ‘Semua Model Tahun Ini Perlu Dibayar Dalam Tempoh Sehari’ – Alicia Amin Protes Di KLFW2022
Artikel berkaitan: Minta Jadi ‘Muse’ Saat Akhir, Karl Shafek Kecewa Dengan Datuk A
Tidak melepaskan peluang, pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha turut hadir ke acara setiap tahun itu. Menerusi Instagram Hannah, wanita berusia 26 tahun ini tampil menggayakan busana elegan hasil rekaan salah seorang pereka fesyen tempatan. Wow cantiknya!
Pakai bengkung?
Meskipun penampilan Hannah dilihat sangat elegan pada acara tersebut, pelakon drama ’30 Pesanan Suara’ ini tidak terlepas menjadi bualan segelintir netizen di media sosial. Menurut netizen, fesyen Hannah yang seolah-olah memakai ‘bengkung’ di luar persalinan tersebut dianggap kurang sesuai sebagai seorang yang membawa imej muslimah.
Ujar netizen lagi, bentuk badan Hannah jelas kelihatan apabila dia memakai persalinan berkenaan. Bukan itu sahaja, ada juga individu yang membuat perbandingan mengenai penampilan Hannah yang lebih sopan dan sejuk mata memandang ketika mula berhijab dahulu.
Tegur sebab sayang
Menjengah di ruangan komen, netizen memberitahu bahawa mereka sangat menyayangi pelakon tersebut. Teguran yang diberikan itu merupakan teguran kasih sayang dan mereka berharap Hannah dapat mengambilnya sebagai sesuatu yang positif pada masa hadapan.
Sumber: Hannah Delisha