berita

‘Pakai Tudung Tak Wajib, Nak Pakai Timba Pun Boleh Janji Tutup Aurat’ – Fathia Latiff

January 16th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, Fathia Latiff sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila dia dilihat mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap pelakon, Zahirah Macwilson menerusi satu sesi siaran langsung yang dilakukannya di media sosial.

Terbaharu, pelakon yang popular dengan drama bersiri ‘Ariana Rose’ itu sekali lagi menjadi bualan apabila tampil memberikan pendapatnya tentang pemakaian tudung.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Jumpa Psikiatri..Saya Bukan Depresi, Cuma Stres’ – Fathia Latiff

‘Pakai tudung tak wajib’

@fatiya.latiff tudung bukan wajib menutup aurat itu wajib?maksud seakan sama tapi lain lain?apa pandangan korang??? #fatiyalatiff #fathialatif #bibik #viral #fyp #fatiyalatif ? original sound – FATIYA LATIFF

Menerusi video yang tular di TikTok, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff berpendapat pemakaian tudung itu bukanlah satu perkara yang wajib kerana yang menjadi kewajipan buat wanita muslim adalah menutup aurat.

Tambah pelakon berusia 36 tahun itu lagi, seseorang itu juga boleh memakai timba di bahagian kepalanya asalkan menutup aurat.

Okay lah saya jadi ustazah lah kejap. Tudung itu bukannya wajib tapi yang wajibnya adalah menutup aurat.

Bak kata satu ustaz ini dia cakap nak pakai timba di kepala pun boleh, janji menutup aurat.

Difahamkan, Fathia mengeluarkan kenyataan tersebut selepas ditanya oleh salah seorang pengikutnya ketika melakukan sesi siaran langsung.

Setakat artikel ini ditulis, video yang tular itu telah pun mendapat lebih 320,000 tontonan dan lebih 2,500 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Fathia namun menganggap perumpamaan yang diberikan pelakon berkenaan itu tidak mengikut konteks topik yang sedang dibincangkan.

Komen netizen

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×