berita

‘Syed Saddiq Mungkin Silap Baca, Hanya Untuk Atlet Terengganu Sahaja’ – Wan Sukairi

November 28th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan mempertahankan pakaian sukan pilihan atlet. Beliau turut bimbang masa depan sukan seperti gimnastik, terjun, renang dan bina badan akan terjejas sekiranya pakaian patuh syariah dilaksanakan.

Artikel berkaitan : ‘Jangan Over’ – Tak Setuju Atlet Terengganu Tutup Aurat, Hadi Awang ‘Tegur’ Syed Saddiq

Menerusi Astro Awani, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu, Wan Sukairi memberitahu Syed Saddiq mungkin tidak faham atau tersilap baca.

Untuk atlet-atlet di Terengganu sahaja

Wan Sukairi ketika ditemui di Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di Wisma Darul Iman memberitahu syarat yang dikenakan hanya dilaksanakan kepada atlet beragama Islam negeri itu sahaja.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan pula, beliau merasakan Syed Saddiq mungkin tersilap baca atau tidak menerima maklumat yang tepat mengenai pemakaian tersebut.

Ini hanya terpakai untuk atlet-atlet di Terengganu sahaja dan bukan satu arahan untuk atlet luar dari Terengganu. Kita punya kuasa pun untuk negeri Terengganu sahaja. (Atlet) Yang lain, di luar bidang kuasa kita.

Pihak kerajaan negeri juga akan mengambil nasihat Datuk Mufti untuk menetapkan garis panduan, apa sebenarnya yang boleh dan apa yang tidak boleh.

Tambahnya lagi, prestasi ahli sukan tidak akan terjejas disebabkan pelaksanaan pakaian patuh syariah ini. Malah dalam keadaan tertentu pula, jaminan daripada sudut keselamatan bakal diberikan.

Langkah ini sesuai dengan dasar negeri Terengganu yang meletakkan Islam sebagai tonggak pentadbiran utama termasuklah sukan.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×