berita

Paku Ditemui Tertusuk Di Kepala, Alat Kelamin Dipotong, Lelaki Ditahan Bunuh Anak 3 Tahun

December 8th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan mati dengan tusukan paku menembus tengkorak dan mata serta alat kelaminnya dipisahkan dari badan. Mayat kanak-kanak lelaki itu ditemukan oleh ahli keluarganya yang lain di Thembalihle, Estcourt, Afrika Selatan, pada Sabtu lalu.

Penemuan mayat kanak-kanak dalam keadaan mengerikan itu telah membawa kepada penahanan bapa mangsa yang dipercayai membunuh anak kandungnya itu.

Foto: Mirror

Bapa mangsa, Themba Majozi, 38 tahun, telah ditahan reman polis untuk siasatan lanjut. Menurut laporan Mirror, mayat mangsa ditemui oleh ahli keluarga lain di kawasan semak berdekatan dengan rumah Majozi. Manakala, bahagian tubuh mayat yang hilang ditemui di rumah Majozi sendiri. Mangsa, Zazi Nzama, 3 tahun dikatakan hilang sehari sebelum dia ditemui mati selepas diambil oleh seorang lelaki dari rumah neneknya pada jam 9 pagi.

Namun, ahli keluarga mangsa berasa bimbang setelah Zazi tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat petang. Jurucakap polis KwaZulu-Natal Pesuruhjaya Wilayah, Leftenan Jeneral Khombinkosi Jula berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan yang mengerikan di kawasan semak. Beliau juga menyatakan perasaan ‘gembira’ apabila pembunuh kejam itu telah ditahan. 

Motif pembunuhan masih tidak dapat dikenalpasti. Namun, Themba Majozi telah ditahan dan didakwa bersalah atas pembunuhan dan memiliki tubuh badan manusia. Ahli Majlis Eksekutif Pembangunan Sosial Nonhlanhla Khoza turut menggambarkan perincian tragedi yang mengerikan itu dan berharap hukuman diberi setimpal kepada Themba Majozi atas pembunuhan kejam itu.

Sumber: Mirror.

SKIP THIS AD ×