berita

Panas!! Lagi Foto Mesra Izreen Azminda Dengan Lelaki Sado

January 27th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-01-26 at 22.17.16

Awal Januari lalu, Izreen Azminda pernah mengeluarkan kenyataan tak mungkin untuk dirinya bercinta sekali lagi dalam masa terdekat kerana mahu memberi fokus kepada anak dan kerjaya terlebih dahulu.

Tapi belum pun habis bulan yang sama, Izreen sudah beberapa kali mengundang spekulasi dengan memuat naik foto-foto mesra bersama lelaki. Antaranya, pelakon baru bernama Nazrief Nazri yang kemudiannya dianggap seperti adik sendiri.

Artikel berkaitan:

Bahu siapa pula tu? Sado juga!

Screen Shot 2015-01-26 at 22.13.08

Terbaru lewat petang semalam, Izreen sekali lagi memuat naik foto dirinya sedang terlentok manja di bahu seorang lelaki di dalam kereta. Tengok lengan dah tahu abam sado.

Awak… Yer awak… Awak la… Ha ah awak… Sapa lagi… Ish awak ni… Awak la… Yang kat sebelah saya ni la… Awak jer pun yang ada… Confirm awak… Tq… Tq apa??? Awak jer yang taw… #awaktauawaksiapa

Kapsyen yang ditulis Izreen juga sangat mengundang orang luar untuk menyakat dan menganggap ibu tunggal ni tengah hangat bercinta. Adakah aksi macam tu pun dengan adik juga? Jangan cakap itu cuma dialog drama sudahlah. Hihi

Tapi kan, kalau betul Izreen rimas sering digosipkan dengan mana-mana lelaki, mungkin Izreen boleh cuba kurangkan atau hentikan kongsi gambar-gambar mengundang seperti ini di laman sosial. Bukan apa, untuk menjaga nama baik Izreen juga.

SKIP THIS AD ×