Rasanya semua penggemar gadget keluaran Apple pasti dah tahu yang syarikat terkemuka ini bakal melancarkan iPhone 6 tak lama lagi. Haa, ramailah yang tengah kumpul duit kan?
Terbaru, menurut laporan Forbes, seorang selebriti Taiwan telah mendedahkan imej paling ketara dan features yang ada pada iPhone 6. Ini betul-betul rare!
Percaya atau tidak, reka bentuk terbaru iPhone 6 agak mirip dengan iPad mini tetapi saiznya agak kecil. Malah, jika diperhati betul-betul design yang digunakan kali ini amat berlainan sekali dari iPhone sebelumnya.
Menariknya, foto yang dibocorkan oleh selebriti tersebut ada kemungkinan merupakan iPhone 6 yang sebenar kerana sebelum ini selebriti ini turut mendedahkan foto iPhone 5 sebelum ia dikeluarkan.
Nampaknya,perbezaan antara iPhone 5 dan iPhone 6 amat ketara. Malah, tak melampau kiranya kami samakan reka bentuk iPhone kali ini seakan-akan sama atau lebih kurang dengan Samsung S4. Emm kalau tak percaya, cuba korang amati betul-betul.
Bagaimanapun, kami rasa iPhone 6 yang ditunjukkan oleh selebriti ini mungkin hanya reka bentuk awal dan masih lagi dalam pre-production. Anda rasa bagaimana?
Apapun, penggemar-penggemar iPhone 6 pasti dah tak sabar untuk memiliki so called gadget tercanggih setakat ini kan? Hehe, kami pun nak juga. Jadi apa lagi, jom kumpul duit beramai-ramai.