berita

Panda Comel & Akuarium 3 Tingkat – Ocean Park HK Lebih Dari Sekadar Taman Tema Hiburan!

April 25th, 2019 | by Epul
Travelogue

Kalau dulu kami pernah kongsikan dengan korang pengalaman kami ke Hong Kong dan macam mana nak dapatkan makanan halal dengan mudah kat sana.

Artikel Berkaitan : Jalan Jalan Cari Makan Di Hong Kong, Ini 7 Restoran Makanan Halal Yang Kami Dah Cuba Sendiri

Kali ni kami diberikan sekali lagi peluang untuk pergi ke sana. Haa.. Nak tau kami ke mana kali ni? Check it out guys!

Kalau pergi ke Hong Kong, korang mesti terbayang Taman Tema Disneyland kan? Haa.. Kali ni kami tak nak cerita tentang Disneyland sebab kali ni kami telah dibawa ke Ocean Park. Yeay!!

Ocean Park bukan hanya taman tema semata-mata tau! Ada banyak haiwan yang comel! Jom ikuti penggembaraan kami selama 3 hari 2 malam di Ocean Park, Hong Kong.

Cable car atau train? Korang suka yang mana?

Kalau korang nak tau, Ocean Park mempunyai keluasan 91.5 hektar dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Waterfront dan The Summit. Daripada Waterfront nak ke The Summit ada dua cara sama ada korang naik kereta kabel atau keretapi Ocean Express.

Untuk pengalaman yang maksimum, kami cadangkan korang naik dua-dua jenis pengangkutan ni. Kalau korang nak tau terdapat 252 kereta kabel yang boleh membawa 3,600 penumpang merentasi Laut China Selatan setiap jam. Manakala Ocean Express ni dapat membawa sehingga 5,000 penumpang setiap jam.

Akuarium jerung 3 tingkat. Serius korang akan amaze!

Kalau sebut Ocean Park, korang mesti membayangkan pelbagai spesis hidupan laut kan? Kat sini terdapat satu akuarium yang menempatkan ikan jerung dan ikan pari dalam sebuah bangunan setinggi tiga tingkat. Korang berpeluang untuk melihat sendiri hidupan laut secara 360 darjah.

Pada setiap tingkat, korang dapat lihat ikan-ikan ni berenang dengan bebas. Antara spesis ikan jerung rare yang ada kat sini ialah zebra shark dan juga ikan jerung gergaji (sawfish). Kami pon terpegun tengok ikan-ikan ni tau! Pengalaman baru la katakan.

Tengok gelagat comel panda di Amazing Asian Animals

Haa.. Kat sini terdapat Amazing Asian Animals yang mempamerkan 8 jenis haiwan yang menjadi kebanggaan Asia seperti giant panda dan panda merah. Korang dapat lihat secara dekat keletah comel haiwan-haiwan ni dan juga tangkap gambar haiwan ni untuk jadikan kenangan. Yelah bukan selalu boleh tengok!

Seni bina lama yang insta-worthy di Old Hong Kong

Berlatarbelakangkan seni bina Hong Kong tahun 1950-1970-an. Bandar buatan ni pasti menjadi pilihan korang untuk berOOTD. Old Hong Kong ni terletak di kawasan tengah The Summit. Kalau korang turun daripada kereta kabel je korang pasti akan melalui kawasan ni.

Dah penat-penat berjalan, jangan lupa singgah di gerai yang menjual street snack. Ada pelbagai snek popular Hong Kong yang korang kena cuba seperti fishballs dan eggpuff. Not bad la rasa dia.

Wajib naik semua rides di Thrill Mountain. Kalau gayat rugi!

Penat tengok haiwan dan berOOTD? Haa.. Jom cabar adrenalin korang dengan mencuba pelbagai rides di Thrill Mountain. Kat sini ada 5 rides yang korang boleh cuba seperti Whirly Bird, The Flash, Rev Booster, Bumper Blaster dan paling best Hair Raiser (roller coaster paling laju di Hong Kong)

Ocean Park terap budaya didik hibur pada pengunjung!

Sebenarnya dalam korang have fun kat Ocean Park, ada jugak program yang berunsurkan didik hibur. Antaranya Meet the Walrus, Kinkajou Rendezvous, Veterinary Centre Guided Tour dan juga Shark Migration Mystique.

Kempen ni diadakan bagi mendidik masyarakat terutamanya kanak-kanak supaya menjadi lebih bertanggungajawab terhadap alam sekitar untuk kelestarian hidup bersama.

Bermalam di Hong Kong Ocean Park Marriot Hotel, sebelah Ocean Park je…

Hong Kong Ocean Park Marriott Hotel

Kalau ada perancangan nak ke Ocean Park Hong Kong, korang bolehlah menginap dia Hong Kong Ocean Park Marriott Hotel, tempat yang sama kami menginap semasa di Hong Kong.

Hotel ni sangatlah selesa dan paling menarik terletak betul-betul di sebelah Ocean Park ni. Korang hanya perlu jalan kaki 5 minit je. Selain tu, ada stesen MTR (ala-ala MRT kat Malaysia) bagi memudahkan korang nak pergi ke kawasan tumpuan pelancong yang lain.

So, korang dah boleh start kumpul duit untuk ke Ocean Park ni. Jangan risau tentang tempat solat dan makanan halal sebabnya taman tema Ocean Park ni memang mesra muslim.

Terdapat ruang solat disediakan berdekatan dengan kaunter perkhidmatan pelanggan selain restoran yang menghidangkan makanan halal dan vegetarian.

Tiket untuk masuk ke Ocean Park Hong Kong:

i) Kanak-kanak (3-11 tahun) : HK$ 240 (RM126.74)

ii) 12 tahun ke atas : HK$ 480 (RM253.14)

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×