berita

Pandai Hang Berlakon…

September 12th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Semalam tular sebuah rakaman menyaksikan dua remaja bertindak berani meragut seorang wanita berusia 37 tahun di sebuah dobi perkhidmatan 24 jam. Dua remaja bersenjatakan parang itu telah merompak sebuah kedai runcit selepas menyamun mangsa di dobi. Menurut laporan Metro, hasil ragut suspek kira-kira RM14, 500.

Suspek kononnya bertanya kepada mangsa mengenai bajunya telah hilang tetapi sebaliknya yang berlaku…

Samun di dobi

https://www.facebook.com/rotikaya/videos/2147517668599970/

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superitendan Sazalee Adam berkata suspek masuk ke dalam premis berkenaan dan berpura-pura tanya mengenai baju yang dibasuhnya konon hilang. Dengan sekelip mata, suspek menghampiri wanita itu dan merampas beg tangan menyebabkan mangsa terkejut.

Suspek kemudian mengacu sebilah parang ke arah mangsa menyebabkan mangsa yang ketakutan menyerahkan beg tangan sebelum seorang lagi lelaki masuk dan merentap rantai emas di leher, gelang tangan, dua cincin serta telefon bimbit selain turut mengambil kunci kereta Proton Persona wanita terbabit. Mereka kemudian melarikan diri menaiki kereta Proton Iswara Aeroback kelabu yang menunggu di depan kedai.

Berpura beli kad top up

Mangsa kerugian kira-kira RM10 ribu dan segera membuat laporan polis di  Balai Polis Sungai Petani. Kejadian selepas itu berlaku di kedai runcit 24 jam apabila suspek masuk ke dalam premis itu dan berpura-pura ingin membeli kad top up telefon.

Pekerja lelaki berusia 19 tahun kemudian mahu mengambil kad pra bayar itu sebelum seorang lagi suspek masuk terus ke kaunter pembayaran dan mengacu pisau panjang ke leher mangsa serta memaksanya membuka laci wang.

Mereka merampas wang tunai dan beg, namun mangsa sempat menekan butang siren kecemasan di bawah laci menyebabkan suspek panik dan terus berlari keluar masuk ke dalam kereta sebelum melarikan diri.

Sekiranya kedua suspek remaja lelaki ini ditangkap, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×