berita

Pandangan Mata Persis Model Antarabangsa, Netizen Puji Foto Kacak & Cik B – ‘You Can’t Sit With Us’

October 4th, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Jika sebelum ini, Cik B tampil sebagai model penghias kulit majalah sebuah syarikat tempatan. Terbaru, adiknya iaitu Kacak turut membuat kejutan yang sama kepada umum apabila kedua-dua mereka dilihat menjayakan sebuah sesi ‘photoshoot’.

Artikel berkaitan: Cik B Buat Kejutan Muncul ‘Cover’ Majalah Remaja

You can’t sit with us

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! rata-rata netizen kagum melihat penampilan kacak dalam sesi ‘photoshoot’ yang dilakukan itu. Ujar netizen, penampilan Kacak sedikit berbeza dari kebiasaan yang pernah kita lihat dan kenali remaja ini di media sosial. Pandangan mata Kacak persis seorang model turut meraih pujian orang ramai yang melihatnya.

Selain Kacak, gaya dandanan rambut dan solekan Cik B turut mencuri perhatian netizen. Jelas netizen, Cik B sangat matang, seorang yang kuat dan mempunyai matlamat dalam kehidupan. Lebih terharu, Cik B sentiasa menjadi diri sendiri tatkala di rumah mahupun di tempat awam.

So cool!

Sumber: Cik B

SKIP THIS AD ×