Siapa yang tidak kenal dengan anak perempuan kepada pengasas produk kosmetik popular iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih di kenali sebagai Cik B. Gadis 14 tahun ini sering tampil dengan imej tidak bersolek walaupun sudah berkali disuruh oleh ibunya. Namun, kali ini penampilan Cik B sungguh lain tampil sebagai penghias kulit majalah Remaja.
Dalam pada itu, netizen agak terkejut melihat gaya solekan yang dikenakan anak kepada pengasas produk terkenal itu. Rata-rata menegur style solekan tersebut tidak sesuai dengan imej Cik B.
Foto Cik B dalam majalah Remaja
Majalah Remaja edisi bulan Oktober-Disember 2019 ini turut dihiasi Naim Daniel, Cupcake Aisyah dan Cik B sebagai penghias muka majalah tersebut. Penampilan Cik B dalam majalah ini ditampilkan dari sisi sedikit berbeza dari kebiasaan yang pernah kita lihat dan kenali gadis ini di media sosial.
Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut lantang menegur gaya solekan pada wajah Cik B yang dilihat kurang sesuai.
Kesian Cik B
Make-up tu tak kena dengan dia
It’s the hair…
Walaubagaimanapun, ada juga segelintir netizen melihat solekan yang dikenakan pada Cik B adalah sesuatu yang cantik. Malah, mereka turut membandingkan dengan solekan tanpa disunting Photoshop.
Solekan Cik B
Bila terlebih edit
Sumber: Remaja, Cik B, ayangkamell, Abang Zufy