Menjelang bulan Ramadan, eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara solat tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah supaya kita sama-sama dapat menghidupkan malam-malam bulan yang mulia ini.
Artikel berkaitan: Cara Solat Terawih Di Rumah Paling Ringkas Beserta 8 Surah Cadangan
Hukum solat tarawih
Kalau korang nak tahu, hukum solat sunat tarawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.
Solat sunat tarawih boleh dikerjakan sama ada secara berseorangan mahupun berjemaah di masjid, surau, atau di rumah. Solat tarawih ditunaikan selepas menunaikan sembahyang fardhu Isyak dan sunat ba’diah (selepas isyak) dua rakaat.
Di samping itu, sembahyang sunat tarawih ditunaikan seperti solat sunat biasa, iaitu dua rakaat satu salam, kemudiannya diulangi lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Di Malaysia, umumnya kita melihat ada surau dan masjid yang mendirikan sembahyang sunat tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Jadi, korang boleh buat mengikut kemampuan masing-masing.
Cara solat tarawih
Kami ingin kongsikan cara solat sunat tarawih yang boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau berjemaah.
- Lafaz niat
-
Menyempurnakan rukun solat yang lain
Rukun sembahyang sunat tarawih ini samalah dengan rukun sembahyang yang lain juga. Ini bermaksud, selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca al-Fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam. Jumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).
-
Bacaan Surah
Secara ringkasnya, sebenarnya kita boleh membaca apa-apa surah yang dihafal. Namun pada malam 1 hingga 15 Ramadan boleh juga dibacakan surah-surah yang tertentu pada rakaat pertama mengikut susunan seperti:
- Surah Al-Takathur
- Surah Al-Asr
- Surah Al-Humazah
- Surah Al-Fil
- Surah Quraisy
- Surah Al-Ma’un
- Surah Al-Kautsar
- Surah Al-Kafi run
- Surah An-Nasr
- Surah Al-Masad
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua pula boleh dibaca surah al-Ikhlas.
Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan korang boleh membaca Surah al-Qadr pada setiap rakaat yang pertama dan apa-apa sahaja surah yang dibaca pada malam pertama hingga ke-15 untuk rakaat kedua.