berita

Aaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video ‘Aib’ Kak Long – ‘Kasihan Anaknya, Nanti Nak Pergi Sekolah Malu…’

March 9th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Kisah seorang wanita mengamuk berikutan anak lelakinya dituduh mencuri di kedai serbaneka turut mendapat perhatian pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Aaron meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan video tersebut yang secara tidak langsung akan memberi kesan emosi kepada kanak-kanak itu.

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf Dengan Pekerja Kedai Serbaneka, ‘Kak Long’ Minta Netizen Henti Sebar Video – ‘Maruah Saya Dah Tercalar’

Artikel Berkaitan: Anak Dituduh Mencuri, Wanita ‘Mengamuk’ Serang Pekerja – ‘Mu Fitnah Anak Aku?’

Minta henti sebar video

Ujar pemilik nama Aaron Mustapha bin Aziz individu yang dikenali sebagai Wan Nor Baizura Bharudin (Kak Long) telah tampil memohon maaf berikutan tindakannya yang dikatakan keterlaluan.

Di sini, saya minta jasa baik netizen semua untuk berhentilah memuat naik semula (repost) mengenai Kak Long 7E. Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal.

Aaron pada masa yang sama turut bersimpati jika anak kepada wanita ini diejek di sekolah berikutan video yang telah viral sebelum ini. Pelakon utama KL Gangster ini juga menjelaskan tiada manusia yang sempurna dan masing-masing mempunyai kekurangan yang tersendiri.

Kasihan anaknya, nanti nak pergi sekolah malu diejek atau apa. Kita doakan yang baik-baik saja. Cerita dah habis, jadi biarlah mereka sekeluarga tenang. Saya pasti dia sudah belajar dan menerima pengajarannya.

Terdahulu video seorang wanita mengamuk di sebuah kedai serbaneka viral di media sosial dan menerima kecaman yang hebat daripada wargamaya. Dia bagaimanapun tampil memohon maaf kepada pekerja kedai berkenaan bagi menjernihkan keadaan.

Sumber: Aaron Aziz

SKIP THIS AD ×