berita

Panggil Scha Elinnea ‘Baby’ Untuk Cipta Keserasian, Hisyam Hamid Nafi Gaduh Dengan Isteri

June 30th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: hisyamhamid7

Beberapa minggu lalu nama Hisyam Hamid menjadi bualan netizen dek kerana mendedahkan dia meminta pelakon Scha Elinnea memanggilnya dengan panggilan ‘baby’ atau ‘b’ demi mencipta keserasian ketika melakukan penggambaran. Terbaharu, Hisyam tampil menafikan dakwaan bahawa rumah tangganya bermasalah.

Artikel Berkaitan: Minta Scha Elinnea Guna ‘Baby’ Dekat Set Penggambaran, Isteri Hisyam Hamid Memahami

Isteri tahu saya bagaimana

Foto: hisyamhamid7

Memetik laporan Harian Metro, pelakon Kerana Aku Isteri Bidaan itu menegaskan dia masih menjaga batas antara kerjaya dan juga perihal peribadi. Ditanya mengenai isu panggilan ‘baby’, Hisyam mengakui isterinya sangat memahami akan kerjayanya dan tidak timbul sebarang isu.

Selama lapan tahun berkecimpung sebagai pelakon sepenuh masa, saya dan isteri, Mel tidak pernah bergaduh atau mempunyai masalah berhubung isu sebegitu kerana dia faham saya bagaimana.

Sepanjang saya menjadi pelakon, tidak pernah ada masalah sebegitu dan saya harap takkan ada masalah. Jadi tiada masalah isu ‘baby’ atau ‘sayang’ dengan orang lain.

Isteri tahu saya bagaimana apabila membabitkan hal kerja kerana apa yang penting saya masih berpegang kepada prinsip, apa yang dibuat untuk kerja hanya untuk kerja.

Tambah Hisyam dia menganggap pendekatan memanggil Scha Elinnea sebagai ‘baby’ membuatkan watak mereka lebih ‘hidup’ sebagai suami isteri. Jelasnya lagi, perkara itu hanya berlaku di set penggambaran sahaja malah isterinya memahami perkara tersebut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×