Seperti semua sedia maklum pelakon cantik Emma Maembong, telah selamat melahirkan cahaya mata sulung bersama pasangannya Muhammad Shazli Azhar, pada 8 November yang lalu. Berita gembira itu dikongsi menerusi platfom Instagram suaminya sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘So Cute..’ – Kongsi Foto Di Instagram, Emma Maembong Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
Namun, baru-baru ini Emma menerima kritikan yang ‘pedas’ daripada netizen selepas memuat naik beberapa keping gambar di platfom Instagramnya.
Dah habis pantang ke?
Menerusi perkongsian gambar Emma bersama kakak dan kawannya seolah-olah mereka sedang berada di sebuah pasar raya lengkap berpakaian sukan. Namun, netizen-netizen yang ‘prihatin’ mempersoalkan tindakan Emma Maembong yang seolah-olah tidak berpantang dengan baik.
Tidak berakhir di situ, terdapat juga komen-komen pedas yang menasihatkannya supaya berpantang dengan sebaik mungkin. Sebelum ini, walaupun sedang berpantang Emma Maembong kerap berkongsi aktiviti-aktiviti yang dilakukan olehnya di Instagramnya.
Takut tengok orang sekarang
Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen netizen yang prihatin akan kesihatan Emma Maembong. Tetapi jika diikutkan tempoh berpantang mengikut adat Melayu seseorang yang telah melahirkan anak perlu berpantang selama 44 hari dan semalam Emma Maembong sudah memasuki 32 hari berpantang yang bermula 8 November yang lalu.
Terdahulu, Emma Maembong dan suaminya telah selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Februari yang lalu. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Emma Maembong ya!
Sumber: Emma Maembong