berita

‘Papa Azankan & Masukkan Air Liur Dia Ke Dalam Mulut Saya..’ – Anak Tiri Mona Fandey

July 11th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Nama arwah Mona Fandey dan suami, Mohd Affandi Abdul Rahman sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas seorang lelaki yang mendakwa merupakan anak tiri pasangan ini tampil menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan mereka sebelum ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Meremang Dengar Lagu Baru Malique Gabung Suara Dengan Mona Fandey – ‘Seram Tapi Lirik Padu’

‘Maafkan papa dan kau tolong jaga adik kau’

Menerusi temu bual ekslusif bersama tiktokers, Kak Dya, lelaki yang dikenali sebagai Man memberitahu bahawa ibu dan ayahnya bercerai sewaktu beliau berusia tujuh bulan dalam kandungan.

Kali pertama dia mengenali bapanya adalah pada tahun 1993 iaitu ketika dia berumur 9 tahun. Ibunya memberitahu bapanya sebenarnya masih hidup. Disebabkan terlalu teruja memiliki bapa, lelaki ini membawa keratan akhbar ke sekolah dan ketika itulah para guru mendapat tahu bahawa dia adalah anak kepada seorang penjenayah.

Semasa di tingkatan lima, hari yang betul-betul bersejarah 1 November 2001, hari pertama saya sentuh ayah saya, hari pertama ayah saya azankan dekat telinga saya, dia riba saya yang berat masa tu 98 kilogram.

Ayah saya cakap ‘Papa tak ada apa-apa nak bagi dekat Man, papa boleh azankan balik. Maafkan papa dan kau tolong jaga adik kau dan teruskan kehidupan. Papa minta maaf’. Ambillah sesuatu ayah saya bagi dekat saya. Arwah ayah saya cakap, papa tak boleh bagi apa, papa boleh bagi ni je. Dia minta buka mulut dan masukkan air liur dia ke dalam mulut saya. Saya telan air liur dia.

Lelaki ini akui terkejut apabila imam Penjara Kajang memberitahu bahawa bapanya mahu dia mengecam mayat apabila sudah tiada nanti. Tambahnya lagi, dia pernah mengalami kesukaran dalam hidup termasuk dibuang kerja hanya kerana dirinya anak penjenayah.

Video

Sumber: TikTok Kak Dya

SKIP THIS AD ×