berita

Papar Persediaan Menanti Siti Aafiyah, Musik Video Comel Pipi Merah Akhirnya Dipertontonkan

March 29th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Beberapa teaser lagu Comel Pipi Merah nyanyian penyanyi tersohor, Dato Sri Siti Nurhaliza, menjadi trending di media sosial. Malah, lagu yang mendayu-dayu ini boleh dikatakan berjaya mempengaruhi minda masyarakat sehingga menjadi siulan.

Terbaru, syarikat Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd telah melancarkan video klip Comel Pipi Merah di saluran YouTube. Malah, video ini telah memperolehi 5.2 ribu klik like hanya dalam masa sehari dilancarkan. Ternyata, ramai peminat yang memberi respon positif di ruangan komen. Comel Siti Aafiyah Khalid dalam video ini.

Muzik video klip yang dinanti peminat

Untuk pengetahuan korang, lirik lagu ini telah dihasilkan oleh pembantu peribadi dan kakak ipar kepada penyanyi ini, Rozisangdewi. Manakala, lagu ini diilhamkan khas dari penyanyi ini sendiri.

Boleh dijadikan lagu rakyat

Pengorbanan dan penantian 11 tahun

Moga dibawah lindunganNya

Credit: DatoSNurhalizaVevo

SKIP THIS AD ×