berita

Paramore Gegar Malaysia Februari Ini!!

January 16th, 2013 | by Ai
Hollywood

Paramore live in KL

Bagi peminat kumpulan Paramore, ini ada berita baik untuk anda semua, di mana kumpulan rock dari Amerika ini bakal menggegarkan peminat mereka di Malaysia pada 17 Februari ini bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Sewaktu berlangsungnya sidang media konsert ‘The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur’ Isnin lalu, Pengarah Urusan syarikat telekomunikasi Tune Talk Sdn Bhd, Jason Lo telah telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menganggap muzik adalah seumpama dadah dan menujukan kenyataan tersebut kepada muzik yang dimainakn oleh kumpulan Paramore itu sendiri.

“Kalau nak tahu muzik adalah seperti dadah. Sekali kita cuba dan suka kita akan mahukannya lagi. Begitu juga dengan kumpulan Paramore ini. Mungkin ramai peminat mereka tidak merasa puas dengan konsert mereka yang pernah diadakan pada tahun 2010 yang lalu sebab waktu persembahannya adalah terlalu singkat.”

“Jadi, setelah melalui proses perbincang antara kedua-dua belah pihak, akhirnya kami bersetuju untuk membawa kumpulan Paramore datang sekali lagi ke Malaysia untuk mengadakan konsert mereka yang kedua.”

Mengulas lebih lanjut mengenai konsert kedua Paramore pada Februari ini, timbul juga persoalan dikalangan pihak media apakah kelainan yang bakal dipersembahkan oleh kumpulan tersebut pada kali ini?

“Antara kelainan konsert Paramore kali ini adalah mereka akan mengadakan persembahan dengan kehadiran dua anggota baru mereka dan akan menyanyikan lagu-lagu daripada abum terbaru mereka. Selain itu, durasi persembahan kali ini adalah lebih lama berbanding dahulu dan pastinya penonton akan lebih berpuas hati.”

Untuk makluman, harga tiket akan dijual dengan harga RM270 (Red Zone), RM200 (Rock Zone), RM150 (P1), RM130 (P2) dan RM110 (P1).

Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert, anda boleh layari www.ticketpro.com.my dan untuk keterangan lanjut sila layari Facebook Tune Talk di www.facebook.com/tunetalk atau www.facebook.com/livescape.

SKIP THIS AD ×