berita

Paramore Lancarkan Album Baru

April 18th, 2013 | by Ai
Hollywood

Paramore

Baru sahaja mengadakan persembahan di Stadium Merdeka dua bulan yang lepas (17 Februari), Paramore secara rasminya telah melancarkan album terbaru mereka pada 9 April yang lalu.

Kumpulan yang terdiri daripada 3 orang ahli iaitu Hayley Williams, Jeremy Davis (bass), dan Taylor York (gitaris) ini telah memilih nama kumpulan iaitu Paramore sebagai tajuk album mereka.

“Proses merakamkan album ini adalah dimana kami mencari diri kami sebagai sebuah band dan juga rakan.

“Ia juga merupakan sebuah proses dimana kami mempunyai kebebasan untuk berseni dan melihat diri kami sebagai pemuzik, dan juga penyanyi. Jujurnya, jalan terbaik untuk memberi nama album ini ialah namanya sendiri. Album ini adalah kami.” – Paramore

Album ini membariskan 16 buah lagu iaitu Fast In My Car, Grow Up, Daydreaming, interlude: Moving On, Ain’t It Fun, Part II, Last Hope, Still Into You, Anklebiters, interlude: Holiday, Proof, Hate To See Your Heart Break, (One Of Those) Crazy Girls, interlude: I’m Not Angry Anymore, Be Alone, Future dan juga Now sebagai single mereka.

Anda boleh dapatkan album ini di kedai-kedai muzik berhampiran dengan harga RM41.90 sahaja. Cepat dapatkan naskhah anda sekarang.

Mari tonton muzik video ‘Now’  oleh Paramore selepas ini.

SKIP THIS AD ×