berita

Parking Selalu Di’curi’ Orang Normal, Berikut Luahan Kecewa OKU Tentang Perkara Ini

August 24th, 2016 | by Ai
Kini Trending

okucover

Antara masalah yang yang dihadapi oleh orang yang berkereta adalah mendapatkan parking di tempat awam. Lagi-lagi kalau tempat tu memang jadi tumpuan orang ramai setiap masa, memanglah parking selalu penuh dan susah nak cari.

Sesetengah orang bertindak memarkir kereta di tempat Orang Kurang Upaya (OKU) kerana merasakan bahawa daripada petak parking itu kosong, lebih baik mereka gunakan. Benda ini nampak remeh, tapi tahukah anda pemikiran dan tindakan tersebut amat menyukarkan warga OKU? Baca luahan hati mereka tentang perkara ini.

Jenuh Cari Parking!

14123429_1204493149570778_875277662_o

Pemandangan di parking Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.. Kebetulan kawan iza nak pergi hospital… Beliau berkerusi roda.. Jenuh cari parking yang berdekatan dengan pintu masuk.. Kasihan dia terpaksa parking jauh.. Semua parking OKU yang disediakan oleh pihak hospital telah dipenuhi oleh kereta.. Mungkin ada anggapan orang OKU ni manja.. Tak nak parking jauh-jauh.. Nak mudah-mudah sahaja.. Nak bantuan sahaja.. Tak reti berdikari..

Jangan Guna Kemudahan Kami!

metd_az_0709_pg2_disabled

(Sekadar Gambar Hiasan)

Buat pengetahuan kalian semua, dalam 24 jam sehari semalam.. Hanya 1 jam sahaja kami mohon bantuan orang.. Yang lain kami berdikari.. Kami tak selesa seperti tidur kalian.. Ada antara kami tidur dalam kesakitan.. Makan pun tak selesa walaupun nampak lauk pauk kami hebat.. Kami duduk seperti kalian, tapi kedudukan kami tak stabil seperti kalian.. Hampir seluruh perjalanan hidup kami 24 jam tak selesa seperti kalian.. Kalian bergerak menggunakan kaki, semua perkara berat-berat kalian guna kaki.. Semua perkara ringan-ringan kalian guna tangan.. Tapi kami, semuanya memerlukan tangan.. Tanganlah tangan kami, dan tanganlah juga kaki kami.. Kalau dulu tangan kami halus mulus seperti kalian, tapi sekarang tangan kami berurat sirat untuk menampung perjalanan kehidupan kami seharian…

Kemudahan yang disediakan untuk memudahkan pergerakan kami yang cuba untuk hidup berdikari sendiri. Walaupun ia tak mampu membantu pergerakan kami, tapi sedikit sebanyak sangat membantu memudahkan kami. Kami tak meminta kalian usung kami ke hulu ke hilir, kami tak minta kalian menyuapkan kami makan, kami tak minta kalian dudukkan kami atau papah kami ketika duduk mahupun bangun.. Kami tak minta pun kalian gantikan tempat kami.. Cuma kami pinta, bantulah kami dengan tidak menggunakan hak-hak kami.. Hanya itu sahaja permintaan kami.. Jika kalian boleh gantikan tempat kami seketika, bukan lama, bukan seumur hidup.. Hanya satu jam pun kami yakin kalian tak tertanggung. Maka kami mohon dengan belas ehsan kalian orang2 yang hebat, orang2 yang kuat, orang2 yang berkudrat.. Jangan guna kemudahan kami…

Yang benar, Hamba Allah

Sumber: Azliza Zulaikha Ibrahim

SKIP THIS AD ×