berita

Video : Mat Luthfi Kembali Dengan Parodi Paling Awesome #SharifahZohra

January 17th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-01-16 at 11.38.22 PM

Bagi yang tidak tahu, Sharifah Zohra adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan beliau telah dikecam hebat selepas tindakannya terhadap seorang pelajar dalam sebuah diskusi forum. Tapi bukan itu yang mahu OHBULAN! sampaikan disini kerana kini Mat Luthfi pula muncul dengan parodinya yang memang kita kenal dengan komedi penuh mesej.

Sebelum ini, Namewee dan juga beberapa orang lagi pengguna Youtube telah membuat video parodi terhadap Sharifah Zohra Jabeen yang sedang kecoh di laman sosial dan tidak cukup disitu, pengguna-pengguna internet turut aktif membuat ‘troll’ berkenaan Sharifah Zohra.

Jadi, kali ini kita bakal dihiburkan dengan video “Parodi Forum Suara Mahasiswa” oleh Mat Luthfi.

Untuk pengetahuan, Mat Luthfi sebelum ini telah memenangi trofi “Shout! Aloud Award” yang mengiktiraf individu berbakat menerusi YouTube di Shout! Awards 2012.

Bagi yang tidak tahu apakah isu yang sedang dibincangkan, anda boleh tonton video asal, “Forum Mahasiswa Part 4“.

Enjoice!

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=RCjsMr658ZQ]

SKIP THIS AD ×