berita

Parody Minyak Naik 20 Sen Ni Paling Win. Memang Kelako!

October 2nd, 2014 | by Ai
Video Popular

Screen-Shot-2014-10-02-at-1.23.34-PM-630x333

Hanya kerana 20 sen, kecoh satu Malaysia. Korang mesti tahu kami nak tulis mengenai apa kan? Tak lain tak bukan, dah tentulah pasal kenaikan harga minyak.

Sebenarnya, kami sendiri tak tahu harga minyak dinaikkan lagi 12.00 tengah malam semalam. Iyalah sibuk membuat aktiviti bersama teman-teman.

Balik je, tengok pam minyak penuh. Ingatkan orang beratur nak ambil payung percuma. Maklumlah dah berapa minggu stok payung percuma habis. Hehehe.

FUEL PRICE_RON95

Rupa-rupanya yang dok beratur panjang macam nak drive-thru minyak ni kerana harga RON95 naik lagi. Haipp! Siapa cakap harga minyak naik? Sebenarnya harga tak naik, cuma subsidi berkurang.

Errr, tapi bukan sama je ke? Tak payah nak twist twist lagi. Haha. Maka, laman sosial kini menjadi medan perdebatan bagi mereka yang tak setuju dengan perkara ini.

Tapi yang lebih best bila buka laman Youtube, dah ada dah parody minyak naik 20sen ni. Tergelak-gelak kami dengar tau.

Mana taknya, baik punya sarkastik dalam lagu ini. Siap ada sosial kritik lagi. Lagu ‘Minyak Naik Lagi’ ini diilhamkan daripada lagu ‘Malam Ku Bermimpi‘ tau!

petrol-prices-petrol-stations-628-620x382

Mungkin lagu ini dibuat atas kesedaran untuk memberikan mesej halus kepada kerajaan mengenai beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat walaupun dapat BR1M.

Iyalah, BR1M pun tak semua orang dapat, kami yang membayar income tax pun guna minyak juga kan? Hehe. Apapun, jomlah kita layan dulu parody ni. Kasi trending satu kali. Cayalah Mr. Bie dan Adik C!

SKIP THIS AD ×