Semalam, pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan parti berasaskan orang muda yang digerakkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan berjaya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Di Facebook, Syed Saddiq berterima kasih dan menerima kritikan secara terbuka.
Kami terima kritikan
Tidak cukup untuk menang hanya semata-mata dapat sokongan belia. Agak sukar untuk berjaya, tetapi Malaysia negara bebas dan dia (Syed Saddiq) mahu lakukan bersendirian. Kami mempunyai hubungan baik dengannya dan tidak mempunyai masalah jika dia berjuang memerangi rasuah.
Dalam pada itu, beliau tidak mengetahui tujuan Syed Saddiq menubuhkan parti itu. Bagaimanapun, beliau menghormati hasrat Syed Saddiq namun merasakan parti tersebut tidak boleh pergi jauh walaupun orang muda adalah majoriti dalam pemilihan.
Tidak cukup untuk menang hanya semata-mata dapat sokongan belia. Agak sukar untuk berjaya, tetapi Malaysia negara bebas dan dia (Syed Saddiq) mahu lakukan bersendirian.
Respon Syed Saddiq
Menurut Syed Saddiq, dia menerima kritikan dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir itu secara terbuka. Tambahnya, partinya mungkin parti orang muda namun orang yang memimpin adalah dari pelbagai golongan kerana mereka semua sayangkan Malaysia.
Sumber : Syed Saddiq, Sinar Harian