berita

‘Pasal Dapur Pun Boleh Hangin’ – Dituduh Guna Duit Haram, Ziha Balas Tuduhan Diva AA

February 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai satu tuduhan yang dilemparkan oleh pengacara terkenal, Azwan Ali yang didakwa ditujukan kepada bekas peserta Akademi Fantasia, Ziha.

Terbaru, bekas peserta rancangan nyanyian ini telah membuka mulut membalas tuduhan yang dianggap tidak berasas itu.

Tuduhan Diva AA

Menurut satu tweet Diva AA di Twitter, dia mendakwa artis tersebut menggunakan duit haram untuk membina dapur mewah sebelum berkongsi di laman aplikasi Tiktok. Malah, Azwan Ali juga mempersoal populariti artis tersebut yang didakwa tidak terkenal dan mengharapkan undian keluarga sewaktu menyertai program realiti TV suatu masa dahulu.

Susulan daripada itu, Ziha telah tampil memberi maklum balas terhadap tuduhan tersebut. Dalam kesempatan itu, Ziha memohon maaf sekiranya dia ada membuat salah sehingga menyinggung perasaan Diva AA walaupun dia mengakui tidak mengenali Diva AA secara peribadi.

Maafkan saya sekiranya ada salah saya dekat awak, walaupun saya tak kenal awak personally. Rezeki yang Allah beri semuanya dah tertulis. Baik rezeki kesihatan mahupun rezeki dikelilingi orang yang baik2. Saya bersyukur seadanya.

Berkat doa ibu bapa

Jelas Ziha lagi, dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT buat dirinya dan keluarga. Malah, ini semua adalah berkat doa dan restu dari ibu bapanya.

Kami suami isteri berusaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kami. Apa yang kami ada, adalah dari restu dan doa kedua ibu bapa kami. Disebabkan didikan dan dorongan mereka, kami masih dan terus berusaha dalam apa jua kerjaya yang kami lakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan harian kita.

‘Tak payah layan babe’

 

Sumber: Ziha Salleh

SKIP THIS AD ×