berita

Pasangan Baru Kahwin Ini Ingin Bercuti Ke Tempat ‘Impian’ Mereka, Tapi Visa Suaminya Ditolak & Akhirnya..

July 14th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

1

‘Honeymoon’ merupakan perkara wajib bagi sesetengah pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Ada yang pergi luar negara sampai ke Itali, Maldives, Greece dan Perancis. Ada juga yang lebih selesa honeymoon di dalam Malaysia sahaja. Orang kata ikut kemampuan masing-masing la kan.

Macam pasangan dari Pakistan ni, mereka ingin bercuti di Greece, iaitu destinasi percutian ‘impian’ mereka selama ni. Tapi semuanya terbantut apabila Visa suaminya ditolak. Akhirnya si isteri yang bernama Huma Mobin pergi ke Greece tanpa suami disisi. Ini apa Homa Mobin bila sampai di Greece.

Ini apa yang si isteri buat bila suaminya tak ikut..

Screen Shot 2016-07-14 at 12.28.02 PM

Pasangan muda yang baru berkahwin, Huma Mobin dan suami Arsalaan Sever bercadang ingin ‘honeymoon’ di Greece. Tetapi rancangan mereka terhalang apabila Visa suaminya ditolak. Lagi serius, Visa suaminya ditolak apabila tiket kapal terbang semua dah pun dibayar. Akhirnya Huma pergi ke Greece tanpa Arsaalan.. Tetapi Huma tak keseorangan, dia ditemani ibu bapa mertuanya.

Bila sampai di Greece, Huma ambil beberapa gambar seolah-olah dia sedang memeluk suaminya dan muat naik di Facebook. Foto-foto tersebut terus jadi viral di laman sosial serta mendapat respon dari orang ramai.

Untuk menunjukkan kerinduan..

Screen Shot 2016-07-14 at 12.29.59 PM

Katanya idea untuk membuat foto tersebut telah bermula sejak setahun yang lalu apabila Huma dan Arsaalan bertunang. Arsaalan dihantar ke Budapest (Hungary) kerana urusan kerja dan dia menghantar gambar dirinya seolah-olah ‘memeluk’ Huma untuk menunjukkan bahawa dia sedang merindukan Huma.

Bila kami pergi bercuti bersendirian tanpa pasangan, kami akan buat macam ni (foto peluk). Dengan itu, kami menunjukkan bahawa kami sedang merindukan seseorang (satu sama lain).

Nasib baik mertua ada..

Screen Shot 2016-07-14 at 12.30.14 PM

Semua foto yang dimuat naik telah diambil oleh ibu bapa Arsaalan. Huma berkata dia mempunyai hubungan yang baik dengan ibu mertuanya. Walaubagaimanapun dia sangat merindukan suaminya.

Dia merupakan orang penting, teman saya. Saya takkan pergi ke Greece tanpanya. Tetapi dia (Suami) memaksa saya untuk pergi sahaja.

Malam pertama saya menangis tetapi ibu mertua datang dan memujuk saya supaya jangan bersedih dan nikmati percutian tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Huma sekarang sudah balik ke Lahore dan kembali bersama suaminya. Dia jiga berharap supaya mereka dapat bercuti bersama sempena ulangtahun pertama perkahwinan mereka.

Sumber: BBC

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×