berita

Pasangan Batal Penceraian, Covid-19 Jadi Penyelamat

December 28th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di Wilayah Jiangxi, Timur China, sepasang suami isteri yang hampir bercerai telah membatalkan niat tersebut apabila si isteri terharu dengan tindakan suami yang menjaganya ketika sakit sehingga membuatkan mereka jatuh cinta semula.

Artikel Berkaitan: Sebagai Persediaan Untuk Konsert Malam Tahun Baru, Penyanyi Wanita Sengaja Jangkiti Diri Dengan Covid-19

Artikel Berkaitan: Sharifah Shahirah Positif Covid-19 Kali Kedua – Jangan Marah I

Fail penceraian 14 Diseember lalu

Menerusi laporan portal SCMP, pasangan tersebut awalnya telah memfailkan penceraian pada 14 Disember lalu. Malah, jangkaan proses perundangan dan sijil rasmi penceraian itu akan diterima antara Januari hingga Februari tahun depan.

Walau bagaimanapun, situasi tersebut berubah apabila isterinya dijangkiti wabak Covid-19. Difahamkan, wanita berkenaan menjadi sangat lemah sehingga terpaksa berehat di atas katil. Dalam masa sama, pada hari-hari berikutnya, si isteri berasa sangat terharu kerana suaminya gigih menjaganya dengan baik.

Malah, turut difahamkan, satu video telah viral di media sosial, suami itu sedang menjaga isterinya yang terbaring dengan membawa air dan tisu serta menyediakan makanan untuknya.

Suami saya seorang yang sangat pendiam, tetapi dia bekerja keras. Kurang berkomunikasi antara satu sama lain menjadi sebab kami memfailkan penceraian.

Berikutan itu, pasangan tersebut kemudiannya berbincang serta menarik balik permohonan cerai tersebut. Pasangan ini percaya bahawa Covid-19 telah menyelamatkan perkahwinan mereka. Bukan itu sahaja, kisah romantik ini juga telah mendapat perhatian jutaan wargamaya di China.

Sumber: SCMP

SKIP THIS AD ×