Sekadar gambar hiasan
Di China, seorang penyanyi wanita mendedahkan sengaja membiarkan diri selepas melihat rakan-rakan lain turut dijangkiti virus Covid-19.
Pendedahan itu dibuat ketika negara China mengalami lonjakan besar kes koronavirus dan didorong oleh varian Omicron BF.7.
Artikel Berkaitan: Malaysia Antara Negara Terbaik Menguruskan Covid-19, Turut Tersenarai Dalam Indeks Pemulihan Nikkei
Ingin jadual yang kosong
Menerusi laporan Wion News, Jane Zhan menyatakan keputusan itu dilakukan sebagai persediaan buat dirinya untuk konsert Malam Tahun Baharu.
Saya bimbang keadaan saya semasa persembahan Malam Tahun Baharu akan terjejas, jadi saya bertemu sekumpulan orang yang telah diuji positif dan kini mempunyai masa untuk pulih daripada virus itu.
Susulan itu, Zhang memberitahu dia mengalami beberapa simptom serupa dengan pesakit Covid tetapi hanya bertahan selama sehari.
Kata penyanyi berumur 38 tahun itu, dia hanya mengambil vitamin C dan minum banyak air untuk kembali sembuh.
Selepas tidur sehari dan semalaman, semua simptom saya hilang. Saya hanya minum banyak air dan mengambil vitamin C, tanpa mengambil sebarang ubat sebelum sembuh.
Walau bagaimanapun, tindakannya itu menerima respon negatif kerana dianggap tidak sensitif dengan kes yang sedang melonjak di China.
Selepas teruk dikecam, Zhang bertindak memadam hantaran tersebut dan memohon maaf atas tindakan anehnya itu.
Sumber: Wion News