berita

Pasangan Datuk K & Datuk Siti Nurhaliza Bakal Umumkan Nama Anak Hujung Minggu Ini

March 23rd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Kelahiran puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diberi nama timangan sementara, Fatimah Az-Zahra ternyata dinanti para peminat. Penyanyi nombor satu negara ini sempat berkongsi pengalaman mendapatkan zuriat dan termasuk pernah keguguran sebelum ini.

Menerusi kapsyen dan foto di Instagram miliknya, dia mewakili suami dan puteri kesayangan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan tahniah dan mendoakan mereka. Khabarnya Datuk K berjumpa Mufti Wilayah Persekutuan, untuk apa agaknya?

Menyampaikan hajat?

Datuk K telah berjumpa dan mengundang Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dzulkifli al-Bakri bagi menyampaikan hajat menyempurnakan tahnik dan cukur rambut sempena majlis akikah anaknya pada hujung minggu ini.

Bakal mengumumkan nama penuh

Menurut sumber Astro Awani, dia meluahkan rasa syukur dan gembira ketika bertemu di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Malah, nama penuh puteri sulungnya itu akan diumumkan semasa majlis akikah kelak. Buat sementara itu, bayi tersebut hanya dipanggil Fatimah Az-Zahra sempena nama anak Rasulullah SAW.

Wowww, pasti ramai yang tidak sabar untuk mengetahui nama anak sulung Siti Nurhaliza ini.

Credit: Astro Awani

SKIP THIS AD ×