berita

Pasangan Duo Keenam Ada Bakat Serba Boleh! Jadikan Ryan & Adam Bakery Sebagai Pencabar Terdekat?

October 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Famili Duo

Kurang dari seminggu, program hiburan nyanyian yang paling dinantikan di TV3 iaitu Famili Duo musim ketiga bakal membuka tirainya pada 14 Oktober ini.

Artikel Berkaitan: Famili Duo Kembali Lagi! Mas Idayu & Ajai Kekal Sebagai Juri, Barisan Peserta Semakin ‘Berbisa’

Artikel Berkaitan: ‘Dia Boleh Menyanyi Tapi…..’ – Shila Amzah Dedah Kenapa Pilih Adik Lelaki Sertai Famili Duo

Duo keenam ada bakat serba boleh?

Famili Duo

Seperti tahun-tahun terdahulu, seramai enam pasangan duo bakal menujukkan bakat masing-masing demi menambat hati barisan juri dan penonton.

Bagaimanapun, hanya lima pasangan duo sahaja yang telah diumumkan dan siapakah satu lagi pasangan duo yang bakal memberi saingan terus menjadi tanda tanya orang ramai.

Katanya pasangan duo keenam ini memang meletop! Mereka sememangnya dikenali sebagai penghibur yang serba boleh.

Boleh berlakon, menyanyi, melawak, menari dan bersukan! Malah, pasangan ini juga semakin aktif di media sosial, level-level influencer. Kalau bercakap fasal anugerah dan kejayaan yang dimenangi pun sudah banyak.

Tetapi dalam bakat serba boleh itu, katanya pasangan duo keenam ini menjadikan duo adik beradik Ryan Bakery dan Adam Bakery sebagai saingan terdekat mereka. Betul ke?

Namun siapakah pasangan duo keenam ini? Adakah pasangan adik beradik? Suami isteri atau sepupu?

Adakah petunjuk yang kami berikan dapat menjawab teka-teki yang bermainan difikiran anda sebelum episod pertama bermula? Teruslah berteka teki…

Famili Duo 3 bakal bersiaran secara langsung dari Glenmarie, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023. Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Antara lima duo yang telah diumumkan ialah Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Adira Suhaimi & Emma Suhaimi (adik beradik), Shila Amzah & Amir Syahir (adik beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) serta Ryan Bakery & Adam Bakery (adik beradik).

SKIP THIS AD ×