Tragedi hitam buat 13 orang penghuni rumah apabila rumah yang didiami mereka hangus dijilat api.
Artikel Berkaitan: Niat Nak Bakar Rumah Jiran Terbantut, Remaja Melecur Ketika Simbah Minyak
Suami isteri maut berpelukan
Memetik laporan Tribune News, kejadian yang berlaku di Mekarjaya, Sukmajaya, Depok, Jawa Barat, Indonesia itu telah meragut dua nyawa iaitu sepasang suami isteri yang baharu sahaja berkahwin setahun yang lalu.
Menurut Ketua Polis Depok Made Budi, difahamkan rumah tersebut didiami oleh 13 orang yang terdiri daripada empat buah keluarga.
Penghuni rumah tersebut dihuni seramai 13 orang termasuk dua orang mangsa yang merupakan pasangan suami isteri.
Hanya kedua mangsa yang didapati terkorban manakala 11 lagi selamat.
Ketika kebakaran berlaku, difahamkan si suami yang berusia 27 tahun naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan isterinya.
Namun begitu, dengan secara tiba-tiba tangga kayu di rumah tersebut menjadi reput sebelum roboh dan menyebabkan kedua mangsa terperangkap di dalam rumah.
Kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan berpelukan di bahagian tangga yang hangus terbakar.
Sumber: Tribune News